*

Tuesday, 28 February 2012

kenangan terindah..

Assalaam..
Kenangan terindah dalam hidup akk.. selepas 56 tahun berlalu..
masa berlalu begitu pantas ye..sedar tak sedar akk dah pun melepasi usia emas. Usia yang di nanti2 semua orang..:))
Alhamdhulillah..bersyukur sangat..kerana akk di panjangkan usia dan dapat merasai nikmat hidup dan kemeriahan berkeluarga di usia emas. bukan semua orang dapat merasainya kan?
Masa muda2 dulu selalu berfikir.."sampai ke umur aku ni nak tengok anak2 membesar".  bila anak dah besar fikir pulak.."dapat ke aku tengok anak2 aku berumahtangga". pastu fikir lagi.." dapat ke aku tengok cucu2 aku membesar"..
Alhamdhulillah..semuanya telah akk nikmati dan teramat bersyukur kerana semua yang di rancang sedikit sebanyak telah menjadi kenyataan..insya-Allah..


N3 ni balik kebelakang..
sebenarnya akk nak buat N3 pasal sambutan hari jadi akk tempohhari. bila sibuk2 jadi lupa..gambar pulak dalam kamera anak2.
akk memang rasa seronok sangat dengan sambutan hari jadi yang mereka adakan untuk akk. mereka berpakat2 nak buat surprise kat akk..tapi tak menjadi..kantoiii..papa terbukak cerita..heheh
apa pun..akk sangat menghargai apa yang mereka buat untuk mengembirakan hati akk.
mama/ibu/wan.. sangat sayang pada semua..muaaahhhhhh
makan malam kali ini , mungkin menjadi kenangan paling indah buat akk yang pernah akk rasa..di kelilingi anak menantu dan cucu cucu yang comel dan lucu..

3 comments :

  1. assalam akak..semuga akak diberikan kebahagian & kesihatan yg baik olih Allah..amin.. ehem bertuahnya dikelilingi olih org2 tersayang..

    ReplyDelete
  2. salam kak..Alhamdulilah,diberikan kesihatan yg baik sepjg usia akak.
    Mmg kdg2 atie trfikir gak camtu..semoga pjg la usia atie..Amin

    ReplyDelete
  3. bila diraikan oleh anak2 bahagiak kan kak....

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..