*

Friday, 3 February 2012

hobi baru..

Assalaam...
Selamat pagi jumaat yang barokah..
Sejak kebelakangan ini..akk banyak menghabiskan masa akk di halaman rumah membelek2 bunga rose yang akk tanam. Sudah jadi  aktiviti wajib akk setiap hari dan inilah hobi baru akk..heheh.
Semenjak akk belajar cara2 menanam dan menjaga pokok rose di laman FB, alhamdhulillah..pokok2 rose akk bertambah segar dan sihat. kalau dulu tanam tak sampai 3-4 bulan pokok mesti mati..huhu
Membela pokok2 rose ni macam jaga baby, manja sangat dan perlu di belai selalu. kena bagi makan ikut jadual * baja*, kena mandikan pagi petang..masa mandi pulak kena jirus dari bawah keatas, tak boleh kena hujan sangat, perlu makan ubat * racun *, kena trim rambut *cantas ranting *,  kalau ada daun yg kuning kena buang..banyak kerja tu..tapi akk happy.. bila pokok2 tu menghasilkan bunga yang cantik..dan  mengembirakan hati akk..berbaloi baloi!.. kata orang...







Selepas Oya mendirikan rumah tangga..akk dan papa memang terasa kehilangan sesangat. walaupun berjumpa hampir setiap hari..tapi tak sama semasa dia belum berumahtangga..huhuhu..
papa pun sama, walau nmpk mcm tiada apa2..kerana  papa pandai sembunyikan perasaannya..huu. contohnya..semalam, semasa kami tengah makan kat satu tempat, papa makan otak2 yang sedia terhidang atas meja, terus papa cakap.. "kalau ada Oya.. mesti dia suka makan benda ni kan rose!..langsung akk tersedu...huhuhuhu

6 comments :

  1. cantiklah bunga rose yg kak yon tanam....

    ReplyDelete
  2. terimakasih munna.puas juga belajar nk mencantikkannya..

    ReplyDelete
  3. Saya suka bunga ros, tapi memang susah nak jaga, kadang daunnya pun kena makan ulat

    ReplyDelete
  4. jangan sedih sedih tak baik, nanti dapt penyakit .. hidup mesti selalu ceria :)

    ReplyDelete
  5. tak dapat nak bayangkan lagi
    apa nak jadi kalau anak2 dah kawin semuanya

    ReplyDelete
  6. sian kakyon..samalah kita,mama juga akan kehilangan sedikit masa lagi..hu2x..cantik ros yg kakyon tanam..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..