*

Wednesday, 29 February 2012

buat ibu yang hamil..

Assalaam..
Akk copy paste dari blog Orang Muo. Info baik buat bakal ibu ye..

Lakukan Ini Agar Janin Sihat & Cerdas [ Bahagian 1]

Setiap pasangan suami isteri pasti ingin anaknya membesar dengan baik, sihat dan cerdas. Kini sudah bukan perkara yang aneh jika semenjak dalam kandungan, anak telah mula dididik dan dirangsang sejak dari mula kehamilan.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan ibu hamil agar janinnya tumbuh cerdas:

Keperluan Nutrisi

Seorang ibu hamil seharusnya  mengambil pemakanan berkhasiat secukupnya.  Pengambilan makanan  yang mengandungi protein, karbohidrat, dan mineral amat baik untuk janin. Keperluan nutrisi ibu hamil pada setiap trimester kehamilan akan berbeza kerana pertumbuhan janin semakin pesat sehingga jumlah pengambilan nutrisi semakin bertambah.

Untuk mengoptimamkan perkembangan otak pada janin, nutrisi seperti asid amino, AA-DHA, kolin, serta zat gizi mikro seperti Fe, Zn, asid Folat, Iodium, dan Vitamin A sangat diutamakan. Zat berkhasiat ini boleh diperoleh daripada jenis kekacang, sayuran dan juga buah. Jika pola makan ibu sihat dengan mengambil makanan berkhasiat dan seimbang, maka seluruh zat bagi calon bayi yang anda perlukan dianggap sudah terpenuhi.

4 comments :

  1. betul tu..yelah...apa yg ibu mkn kn akn d share dgn baby...

    ReplyDelete
  2. salam kak yon..ibu yg tak hamil pon nak numpang baca.hikhik

    ReplyDelete
  3. buat rasa nak hamil lah pulak ....

    ReplyDelete
  4. info yang baik bagi bakal ibu

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..