*

Thursday, 16 February 2012

anak siapalah ni..

Assalaam..
Kesian..memang kesian..anak siapalaa budaak perempuan ni..
pada masa kanak2 lain seusianya pergi kesekolah di hantar olih ibu atau bapanya..kanak2 perempuan ini pula sibuk melarikan diri..
lari dari siapa ye? tak pasti pulak akk!
awal pagi selepas cucu2 akk kesekolah..akk ada melihat kelibat seorang budak perempuan duduk mencangkung, terbongkok2 seakan mengintai seperti budak main sorok2 di hujung jalan rumah akk.
selepas beberapa jam..dia masih kat situ..
akk dan jiran sebelah buat2 bz bodi sikit, tanya..apa dia buat kat situ? dari riak air mukanya..seolah budak ni dalam ketakutan yg amat sangat..
akk dan jiran cuba pujuk dia..tanya kenapa dia lari..rumah kat mana..mak nama siapa, tak sekolah ke..tapi dia diam aje. akk dan jiran akk dah dapat rasakan ada sesuatu yg tak kena dengan budak ni. kami preksa badannya..ada banyak kesan kudis baru dan lama di bahagian kaki dan tengkoknya. bila kami sentuh nak pelok dia..dia meronta2 sekuat hati nak melepaskan diri..tapi langsung tak menangis maupun bersuara..
mulanya akk ingat dia oku. bila akk dan jiran akk pujuk dan nangis kerana sedih melihat keadaannya yang tak terurus dan kata..dik! kalau adik takut balik rumah..mari ikut makcik balik! dia terus diam dan tak meronta lagi. pastu dia kata..nak balik rumah..
boleh pulak budak ni bercakap!!
akk dan jiran akk ikut dia dari belakang.. kemana arahnya budak ni nak pergi.sampai depan rumah dia..dia tak berani nak masuk.. cuma berdiri kat luar pagar.
akk tanya jiran yang hampir dengan rumah budak tu. mereka pun tak berapa kenal siapa jiran mereka..huhuh
bila dah heboh pagi tu..macam2 versi cerita timbul..hiiiii..cam ngeri bunyinya..

 akk sempat curi gambar..masa dia balik kat simpang rumah dia..

 entah apa yang dia nampak..sepantas kilat dia patah balik lari ketakutan..

lepas kami pujuk2..baru dia nak balik rumah..itu pun duduk kat luar pagar aje. lama juga tunggu..tapi takde siapa pun keluar dari rumah tu.
apalagi..kami talipon ler pihak berwajib..



8 comments :

  1. kesiannya kak ... budak tu....kak klu ada berita lagi pasal budak tu akak update yer...

    ReplyDelete
  2. Kesian dan pelik
    Apa kesudahannya kes ni
    Pihak berwajib datang ke?

    ReplyDelete
  3. ESOK LAST DAY REGISTER!!!!

    2 DAYS BRIDAL MAKEUP CLASS!!!
    DATE: 18 & 19 FEBRUARY 2012
    FEES: RM500
    DEPOSIT RM100
    (bank in to:
    maybank :1580 8830 5272 norshahira shahrizal
    cimb: 1271 000 9694 522 mohammad hafiz che haron)
    VENUE: E.R BEAUTY STUDIO SEK 15 SHAH ALAM


    ** LAST REGISTRATION DAY WILL BE ON THE 17TH OF FEB 2012. !!!
    016-2128740

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=330441120310744&set=a.180051425349715.39229.100000345765934&type=1&theater

    ReplyDelete
  4. idun sa'idun..
    kesian sangat..

    ReplyDelete
  5. munna..
    yelah munna..akk update nnti..

    ReplyDelete
  6. tehr..
    lepas suami akk call org kuat taman tu..kami terus keluar sbb ada urusan lain.taktau apa jadi dgn budak tu.ada jiran kata(ini kat rmh lama akk)budak tu selalu di dera olih maknya.dlm hujan pun boleh pukul/bantai budak tu..huhu

    ReplyDelete
  7. ehem kesiannya..hu2x..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..