Thursday, 5 January 2012

khasiat pokok semalu..

Assalaam..
Berkemas kat  belakang rumah dan tengah fikir, agaknya pokok apa yang sesuai tanam di situ. Mulanya terfikir nak tanam pokok buah2an seperti nangka, mangga, rambutan. tapi..bila fikir balik, masa dia kecik oklah kut.. nanti bila dia dah besar..susah pulak nak menjaga dan menguruskan sampah sarapnya..huhu
Paling sesuai rasanya..tanam pokok herba dan sayur sayuran. akk nak tanam pokok delima, pokok kari, pokok cili,  pokok bende, pokok terong, kunyit, lempoyang, bonglai, peria katak, kacang panjang dll. 

Larat ke nak berkebun nie..hihih

semasa akk berkemas..akk terpandang sepokok pokok semalu yang baru nak tumbuh. lalu akk terkenang masa akk dalam pantang, mak bidan merawat akk dengan menggunakan daun semalu.
apa2 pun kita cari cik google dulu.
cer cik google bagitau cikit info pasal daun semalu nie!





Khasiat pokok semalu kepada wanita
Posted by: admin In: Semalu
Number of View :2142
KALAU kita berjalan di kawasan-kawasan yang terbiar lapang ataupun halaman rumah sendiri, kita pasti ketemu dengan sejenis tumbuhan liar yang mangecut bila disentuh.
Kita biasa memanggilnya sebagai pokok semalu tetapi masyarakat di sebelah utara pula menggelarkannya dengan panggilan duri keman.
Walau apa pun nama atau gelarannya, tumbuhan ini senang dikenali kerana ia dari jenis yang cepat mengecut apabila kita menyentuhnya.
“Pokok yang nama saintifiknya
 mimosa pudica L ini senang dikenali. Tandanya ialah apabila disentuh, ia akan mengecut,” kata Pegawai Penyelidik MARDI Hilir Perak, Mohd. Jelani Bahauddin.
Ternyata, beliau menambah, dengan sifatnya yang sebegitu, tidak hairanlah ramai yang kurang mengetahui tentang kelebihannya.
Lebih-lebih lagi, ujarnya lagi ketika ditemui baru-baru ini, khasiat pokok semalu tersebut dari sudut penjagaan kesihatan diri.
“Tidak seperti sifatnya seperti malu-malu, khasiatnya dalam penjagaan kesihatan diri sememangnya terbukti sejak zaman-berzaman lagi,” katanya.
Lagipun, ujar beliau, keberkesanan ini adalah berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan juga mereka yang mengamalkannya sebagai bahan penjagaan kesihatan diri.
“Kajian saintifik ke atasnya memang belum ada lagi, tetapi keberkesanannya terbukti berdasarkan pengakuan pengamal perubatan tradisional dan mereka yang mengamalkannya.
“Cuma mungkin sekarang ini, amalan penjagaan kesihatan sedemikian agak terpinggir kerana kita lebih tertumpu kepada rawatan moden,” katanya lagi.
Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
Tetapi, tambah Jelani lagi, khasiat ini adalah untuk dijadikan mandian dan bukannya sebagai bahan minuman.
“Caranya adalah ambil beberapa batang pokok sumalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.
Masukkan dalam sebuah bekas (periuk) yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum,” katanya lagi.
Dalam pada itu juga, beliau turut menjelaskan bahawa pakok semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air.
“Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok smmalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.
Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut, insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh,” katanya lagi.
….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia



pssttt...mak bidan akk ajar pulak camni..
sebelum mula..mintak maaf dulu ye. akk bukan nak cerita lucah.tapi petua dulu2 yg rasanya boleh di guna pakai oleh orang2 muda.sifat daun semalu itu sendiri yang boleh di yakini..

ambil beberapa tangkai pucuk daun semalu..
tempurung kelapa yang bahagiannya berlubang..
batu sungai/batu bata pun boleh.
caranya..
bersihkan daun sampai bersih,
bakar batu sampai panas yg teramat panaslah..klau nak tahu panas ke tidak rasalah dengan jari..hihih..yg ni gurau aje.
bersihkan tempurung kelapa..pastikan yg berlubang ye..
bila batu dah panas..letakkan daun atas batu. sungkup dengan tempurung kelapa.daun semalu akan terbakar dan keluarlah asap melalui lubang tempurung. mencangkunglah atas tempurung yg berasap tu, seselesa kita rasa untuk beberapa ketika. buatlah beberapa kali dan hasilnya rasalah sendiri.



6 comments :

  1. Petua org dulu2 .. sgt berharga. Tp nak mengamalkannya .. Alahaiii .. kena ada masa.

    ReplyDelete
  2. assalam kakyon..mama tak tahu pun rupanya byk kegunaan pokok semalu ni..hu2x..

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 dulu bila jumpa je pokok semalu mesti nak udik suka sgt tgk pokok tu malu2 bila di sentuh

    ReplyDelete
  4. kat tepi pagar rumah juga banyak pokok ni
    dah letih dah mencabutnya
    masih gak tumbuh

    ReplyDelete
  5. tak sangka rumput ni ada juga kepentingannya untuk kaum hawa...

    ReplyDelete
  6. wah kak yon baru tau rahsianya...alahai nak buat cam malulah pulak

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...