*

Wednesday, 4 January 2012

khasiat kuaci..

Assalaam..
minggu lepas akk pergi pasaraya Giant seksyen 13..terbeli pulak 2 jenis kuaci yang tak tersenarai dalam list barangan yang patut di beli. nape ntah..ringan ajer tangan ni mencapai 2 jenis makanan ringan ni. rasanya dah bertahun tak makan benda nie. sbb dah lama tak makan agaknya teringin pulak nak makan..hehe
petang ni sambil bertenet..sambil mengunyah isi kuaci. tetiba terfikir.. nak singgah ke rumah cik google, nak tanya..apa hkasiat yang ada dalam kuaci ni ye..




jawapan cik google ada di sini...





Kebaikan makan kuaci bunga matahari

Posted by sop on 07 February 2010

Antara kebaikkannya ialah:

Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.

 Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.

 Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.
 Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.

 Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah
 Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

10 comments :

  1. me suka jgk dulu mkn koci.. tp bbr me pecah-pecah..skg dh xmkn lg.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam k.rose..atie mmg 'antu kuaci'..hikhik.Nk copy n3 info ttg kuaci blh tak kak...nk letak kat blog atie lak :D

    ReplyDelete
  3. mmg ada sokmo stik kuaci dgn munna...suka sgt layan selagi tak habis tak berhenti makan

    ReplyDelete
  4. kakyon..mama pun suka mkn kuaci ni dulu kalau gi bercuti mesti bawa ..bila adik mama kata ni makanan hamster dia terus mama berhenti makan..he2x..sebenarnya penat nak kopek kulit dia..

    ReplyDelete
  5. Gee..
    kalau kuaci labu ye..memang pecah bibir..huhu

    ReplyDelete
  6. azatie..
    akk dulu2 pun suka..sejak kebelakangan ini takberapa nk mkn.lepas tahu khasiat..kena mkn selalu..

    ReplyDelete
  7. munna..
    ralit aje kan mengopek kuaci nie..dpt sebiji2 rasa puas mkn..

    ReplyDelete
  8. mama.. patutlah hamster comel n ramping..takde kolestrol dlm bdn dia..

    ReplyDelete
  9. aku selalu je jadi gatal lidah kalau makan kuaci
    pelik sungguh

    ReplyDelete
  10. tehr..
    tak serasi la tu..;)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..