*

Wednesday, 4 January 2012

hari jumaat akk..

Assalaam..
Hari terakhir dalam jadual seminggu akk..
Setiap hari jumaat pagi biasanya akk membersihkan halaman rumah..membaja, mencantas, merumput dlm pasu pokok2 bunga yg tak seberapa pokok tu.. pokok rose pun dah kurus macam nak pupus..heheh..
Tanaman belakang rumah..kengkonon dlm proses nak menanam, tapi tak tertanam juga. adalah sepasu pokok kunyit ,sepasu pokok kari..itu pun dah togel mugil daunnya..akibat menjadi santapan sang kumbangke..si belalangke..si ulatke..malas dah nak ambik kisah..huhhu
Time masak/makan kena awal sikit, atok n cucu nak ke masjid. Sementara menunggu derang balik dari masjid..sompatlah jugak den melolapkan mato den ni 'ah kojap..hehehe


Sebelah malamnya akk dan papa pergi kemajlis bertandang, majlis persandingan Liyana puteri sulong Nani..di sebelah pihak lelaki. Terima kasih ye Nani..sudi menjemput akk dan suami meraikan majlis persandingan Liana.Tak sangka pulak ye..baru saja berkenalan dan baru beberapa kali  berjumpa, Nani seperti sudah lama akk kenal..

bukan saja teruja nak bergambar dengan Hanis Zalika yang manis jelita, nak bergambar dengan ibu Hanis Zalikha pun ye juga..



bersama kawan2 ella..yang dah jadi kawan2 akk juga..:))


bukan sahaja manis, cantik dan pandai bergaya..Hanis Zalikha peramah orangnya..


4 comments :

  1. assalam kakyon..meriahnya majlis perkahwinan ank blogger ni..mama selalu juga keblog dia sebagai silent reader je..ank beranak semua ada blog sendiri..he2x..

    ReplyDelete
  2. mama..
    seronok berkawan dengan family yg sporting.akk dulu pun silent reader juga..:)

    ReplyDelete
  3. KC..
    dah tentu KC. bila ada majlis camni lagi ekk?

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..