*

Friday, 30 September 2011

Persiapan majlis..

4 comments :
Salam..
Lama tidak bersiaran di sebabkan kesibukan yang melanda. Terimakasih pada kawan yang tak jemu berkunjung .Akk minta maaf kerana belum berkesempatan menjejak blog kalian. Ada waktu nnti pasti akk akan kesana..
Apalaa yg di bzkan akk ni ekk?
Sebenarnya akk akan mengada majlis perkahwinan anak bongsu akk pada awal November ini. Jadi banyaklah kerja yg perlu di siapkan untuk majlis tersebut. banyak perkara kena fikir dan buat..maklum akk tidaklah melantik wedding planer untuk melancarkan majlis tu nanti. segala persiapan dari A- Z akk dan papa plan sendiri dengan bantuan anak/menantu. persiapan dah hampir 70% siap. Akk berdoa semuga majlis pernikahan, majlis khatam alQuran dan majlis persandingan berjalan dengan lancar seperti yang kami harapkan.
Dalam sibuk2 ni tekanan darah pun turun naik aje..semuga Allah memberi kesihatan yg baik pada akk dan papa..Aminn

 bunga telor buat tetamu istimewa..2 types of jambangan bunga  buat 7 flower girls..a bouqet of flower to para perenjis di pilis..hehe

bunga manggar buatan sendiri..macam orang dulu2 punya..guna kertas jagung aje..specialnya ada gula2..



tak fikir lagi nak bg sape..mungkin nak masuk dlm goodies bag..

buat tetamu kecil..


hadiah cabutan bertuah buat family n family members..


ada lagi  yang belum  disiapkan..

Wednesday, 14 September 2011

nama dan rupa tak sama..

6 comments :
Salam..
macam teka teki plak. nama lain rupa bentuknya lain..
nama popular " biskut butang "..tapi, rupanya tak macam " butang " pun..
Masa kecik, suka makan  gulanya dulu..lepas tu baru biskutnya..
kalau pergi main, masuk kocek..makan gula dulu. kalau kawan minta dapat biskutnya aje..hehe

Tetiba teringin nak makan..dah jadi bebudak pulak!
Sebenarnya akk beli ni nak buat ole-ole untuk tetamu kecil akk..

tingginya dia..

7 comments :
Salam..
Tiga hariraya lepas, akk ke KL, saja jln2, nak tengok rupa KL bila musim cuti raya. Sunyi dan lengang aje. adalah kereta sebijik dua yg lalu..
Tapi masuk aje jln masjid India..tak seperti cuti raya. Masih sesak dgn kereta yg parking dikiri kanan jalan. Walaupun tidak semua kedai di buka..pengunjung tetap ramai. kemana lah tujuan mereka ni ye?




Rupanya mereka berkerumun menyaksikan/berbual dengan  salah seorang 'orang paling tinggi di dunia'
Namanya Haq Zawas berasal dari Sri Langka dengan ketingian 7' 8 ''. Kedua adik lelakinya dan kedua adik perempuannya mempunyai ketingian seperti biasa. Beliau memerlukan 16 buku roti, 12 biji telor dan 4 liter susu untuk sarapan pagi. Untuk makan tengahari dan makan malam, beliau memerlukan 15 buku roti, 3 kilo daging atau ayam dan setiap masa sentiasa makan makanan ringan.
 perghh! berapa harga kos yg di tanggong keluarganya untuk membeli makanan beliau ye?

Thursday, 8 September 2011

lihat dan timbang2kan..

3 comments :
Salam..
lihat dan timbangkan video ni..tak reti nak ulas..

Monday, 5 September 2011

apa yang di fikirkan..

6 comments :
Salam Aidil Fitri..



Ada kala dan ketikanya..akk lebih suka duduk sendirian. suka melayan fikiran..kekadang rasa macam tak perlu nak memikir apa-apa..blank!!
Ada masanya..teruja sangat nak buat macam macam perkara. Bila dah mula buat, sampai leka tak ingat masa. ada masanya  berjaga sampai jauh malam dok melaka aje..
Banyak kali juga..bila dah mula buat sesuatu perkara..terbengkalai begitu saja..sbb tumpuan dah takde.. dok sibuk memikir perkara lain pula..hehehe
Agaknya.. macam ni lah kehidupan bila dah masuk frasa seterusnya..apa yang nak di fikirkan lagi..hukhukhuk
Hanya memikirkan bekalan yang akan di bawa..

Friday, 2 September 2011

meraikan tetamu..

7 comments :
Salam aidul fitri..
Awal2 lagi Mr/ Mrs Goh dah bagitau, mereka nak datang behariraya kerumah kami pada hari raya pertama. mereka nak makan rendang "Satu Malaysia" yang akk masak sangat sedap! katanya..



Mr.Goh juga berminat dengan tanaman bunga rose. Beria dia bertanya...
macamana pokok rose akk boleh jadi gemok, daun pun besar! pokok rose yang dia tanam  kurus saje..
beria2 pulak akk terangkan serba sikit tips penjagaan pokok rose tu. akk pun masih belajar melalui pengalaman sendiri dan kebanyakkan tips penjagaan akk dapat dari internet. banayk tips boleh didapati dari blog2 mat saleh dan juga tempatan..


Pokok rose dilaman akk yang sedang hidup subur..menunggu masa nak mengeluarkan kudupnya..suka sangat. kalau dulu inilah ghupanya .. di sini .. sini ..

 malam2 pulak..papa suka lepak kat sini. sesekali angin bertiup  membawa haruman bunga rose dan haruman bunga anting-anting..hehe


Thursday, 1 September 2011

Album gambar raya 2011

5 comments :
Salam aidul fitri..
Album kenangan di aidul fitri 2011.


bersiaran semula..

2 comments :
Salam Aidul Fitri..
Walau agak terlambat, akk tetap nak ucapkan Selamat hari raya buat kawan semua.. maaf zahir dan batin akk pohon dari kawan2 yang selalu singgah kesini sekiranya ada salah silap atau keterlanjuran tulisan yang tidak disengajakan.
Hari ini sudah masuk hari ke3 hari raya. Baru balik dari kampung sambil berehat menunggu kut2 ada tetamu datang..
Buka album gambar raya nak carik gambar utk ditepek kat sini..terpandang pulak gambar hamper yang Oya dapat raya kali ini. tepek sajalah..


hadiah raya dari seorang tetamu.. rakan baik kami...

mentanglaa Mr/Mrs Goh suka dengan masakan akk..dihadiahkannya kat akk periuk tanah ni. nak suruh akk masak kari asam kepala ikanlaaa tu..hehehe