*

Wednesday, 27 April 2011

tuala kecil

8 comments :
Salam..
Agak lama tak bersiaran..di sebabkan tidak kecukupan masa untuk meluangkan masa ber blogwalking dan meng N3 cerita di pangkin nenek ini.
Hari ini balik ke rumah @17..rasa seronok aje..suasana sejuk, tenteram dan aman damai. Maklum rumah lama yang telah kami duduki selama puluhan tahun. Terlalu banyak kisah suka dan duka ter meterai di rumah ini. Walaupun dah berpindah @kayangan..sesekali kami tidur juga di rumah ini..menghilangkan rasa rindu..hehe..
Bila balik @17, ambil peluang berkunjung dan bersembang dengan jiran tetanga. Kalau @kayangan takde peluang nak bersembang begini.


cik google punya

Macam-macam topik yang kami sembangkan..termasuklah kisah pembantu rumah. Kisah pembantu rumah ni..memang tak  habis kalau nak di ceritakan. Macam-macam perangai  ada. kalau setakat tak pandai buat kerja rumah, tak pandai masak, tak reti jaga budak.. itu dah jadi perkara biasa.

Tapi sekarang ni..mereka  demand lagi. Sudahlah segala makan minum tempat tinggal di tanggong majikan..gaji pulak dah mahal.. bukan murah macam dulu. Mereka dah mula meminta di sediakan keperluan peribadi mereka..termasuk tuala kecil. Patutke..TUALA KECIL pun minta majikan  tanggung!! adehhhh..

Thursday, 21 April 2011

berhati..hati..

23 comments :
Salam..
N3 ini bukan nak memperkatakan perkara tidak elok tentang restoran ni. Apa yang akak nak katakan cuma kita kenalah berhati-hati bila berurusan dengan kedai-kedai yang popular..tidak kiralah restoran ke, pasar raya ke. Sudah kerap kali juga akak terdengar rungutan orang di sekiling akak, berlaku kes yg begini..

Saturday, 16 April 2011

selamat mengundi

4 comments :
Salam pagi sabtu....


Selamat mengundi buat seluruh rakyat Serawak. Mengundilah secara bijaksana dengan memilih calon-calon yang boleh berkerja dengan semua lapisan masyarakat bagi memastikan rakyat semua akan terbela dan memastikan negara aman dan makmur sejaahtera..
hahahah.....dah macam wakil rakyat berkempen pulokkk..

Friday, 15 April 2011

siang mengantuk malam berjaga.

6 comments :
Nenek nenek si bongkok tiga...siang mengantuk malam berjaga....

Sekarang ni dah jadi kebiasaan tidur lewat malam. susah sangat nak melelapkan mata. Dah cuba pelbagai cara nak tidur awal..tapi tak boleh. Paling awal todur pun jam 12 mlm. Pastu bangun lagi. Paling lama tidur pun 3 jam saja. Pastu bangun sampai subuh. Akibatnya..awal pagi dah rasa mengantuk..Kalau tak ada urusan, tidur balik sampai tengahari dan bila rasa lapar baru bangun. hehe.

Thursday, 7 April 2011

awas!! telor tiruan!!!

14 comments :
Salam..
Beberapa bulan lalu..akak pernah terbaca satu artikel..kat mana lupa la pulak, mengatakan kemungkinan telor tiruan akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Semasa membaca artikel berkenaan, akak terpikir bagaimana telor hendak di tiru.Ianya bukanlah benda buatan maknusia yang boleh di ciplak atau di ubah-ubah. Ianya benda semula jadi ciptaan dan kurnian Allah swt.
gmbr dari utusan online
gmbr dari advertlets
 
 
Kebetulan..pada satu majlis makan keluarga..akak di tugaskan mengupas telor rebus untuk di makan bersama nasik lemak. Telor yang akak kupas ada kelainan sikit dari biasa. Kulit telor lebih rapuh dan senang tanggal. Bila di kupas kedudukan kuning telor kesemuanya berada di satu kawasan yang sama ( di bahagian kawasan yg besar) dan peroi ( mudah pecah ). Biasanya selepas telor di kupas..kedudukan kuning telor berada di dalam putih telor ( di tengah ) selepas di belah dua baru nampak kuningnya. Tapi telor yang ini bila di kupas terus nampak kuningnya di bahagian kawasan yang atas ( kawasan yang ada udara dan lekuk sikit )


Hari ini keluar berita dlm surat khabar..persatuan pengguna Pulau Pinang menasihatkan pengguna berhati-hati apabila membeli telor..kerana terdapat telor tiruan di jual di pasaran. Cerita sebenar ada di sini .


Monday, 4 April 2011

aku hanya pandai berkata-kata..

2 comments :
Salam..
Kekadang orang hanya pandai menulis dan berkata-kata tanpa mengambil kira apa perasaan orang yang membaca .Sebelum menulis sesuatu perkara cuba pandang kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Siapakah kita untuk menulis yang boleh melukakan hati insan lain. Sudah cukup baguskah kita..sedangkan usia belum seberapa. Sebelum menilai orang lain..cuba nilai diri sendiri dulu.SUDAH CUKUP BAGUS KAH KITA!!!!
Tidak ku sangka pula..madu yang ku beri..racun pula yang ku terima. Semuga Allah memberi petunjuk kepada insan yang seangkatan dengannya..

Saturday, 2 April 2011

naik pelamin

4 comments :

Salam..
Siapalah yang nak naik pelamin ni.Orang muda,orang tua..tak terkecuali juga warga tua. Setiap minggu ada saja orang naik pelamin.sudah tak kisah hari apa, bulan apa..asal boleh saja..hehe


Kalau orang zaman dulu-dulu..mereka melihat pada tarikh dan bulan dalam kalender islam yang sesuai untuk buat majlis pernikahan. sekarang sudah macam tidak kisah sangat, semuanya mengikut tarikh dan bulan pilihan serta kesempatan masa yang mereka ada.
Kalau mengikut cara orang dulu-dulu..ada bulan tertentu dalam kalendar islam yang *dipantangkan* tidak boleh diadakan majlis pernikahan..contoh dalam bulan *safar* di takuti pasangan terbabit akan mendapat bala.Tapi sekarang segala pantang larang sudah tidak di ikuti lagi..semuanya pakai logik saja dan di anggap remeh temeh.
Adakah kerana itu..sekarang ini banyak rumah tangga yang tidak kekal lama,disebabkan perkara yang dianggap remeh temeh itu yang tidak di titik beratkan?




ubat gigi sakit

6 comments :
salam,
aduh laa emak.. aduh laa bapak..
sakitnya gigi...............
........................................
rasa bagai di palu.. sakit gigi terlalu..
apa emak tidak nampak..
gusi saya sudah bengkak....


Itulah lebih kurangnya.. senikata lagu *sakit gigi* yang popular beberapa tahun dulu. Nama penyanyi pun dah tak ingat siapa..


Begitulah gambarannya..sakitnya gigi yang akak rasa..tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Jumpa doktor..bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Habis ubat..sakit lagi. Nak di cabut..gigi takde yang rosak. Berminggu-minggu menahan sakit.. alhamdhulillah berjumpa dengan penawarnya.

*Neem* jawapan kepada sakit gusi/gigi. Nak tahu cuba sendiri. Lebih baik amalkan sebelum sakit. Khasiat daun semambu memang baik untuk gigi.. kata masyarakat India.

Friday, 1 April 2011

bila malas.. lebih dari rajin

4 comments :
Salam,
Bila malas yang terlebih dari rajin jadilah macam ini. Biasa semuanya dalam kabinet. Setiap kali nak guna keluarkan.. pastu tak masuk balik sebab nak cepat..jadi bersepah lah atas rak kabinet tu. Hari-hari duk keluar masuk..keluar masuk..lama-lama jadi boring.. asik nak mengemas  saje. Jadi..ok kut susun aje kat luar cam ni. ringkas dan senang..dan cantik juga..tak perlu nak berhias sangat kat dapur. apa kata kawan-kawan..OK tak?