*

Thursday, 31 March 2011

dua dunia berbeza

8 comments :
Walaupun dunia mu sama dengan duniaku..tapi cara kita menguruskan dunia kita agak berbeza..


Dunia kita sangat berbeza..menyebabkan tiada keserasian untuk bersama...
Aku bercakap bahasa ayam..kamu bercakap bahasa itik, manakan sama kan..
Ada masa aku suka duduk sendiri...tapi kamu seolah happy go lucky..
Bila masa aku ada masa untuk melayan kerenah mu..sedangkan kerenah ku pun kamu tidak tahu..
Langkah mu jauh kehadapan..sedangkan aku statik disini dan mungkin undur kebelakang..
Pada mu kehidupan harus ada hiburan..pada ku..ada atau tiada, tiada apa bezanya..
Siang mu memburu kerjaya..aku pula di ulit leka yang tiada kesudahannya..
malam mu tentu lena di buai mimpi indah belaka..aku pula asal tiga suku malam saja terjaga..sebab sudah terbiasa..
Dan paginya.. kau terburu lagi seperti biasa..aku leka lagi diatas sejadah yang semakin di mamah usia..
dan banyak lagi yang membezakan kita..








Sunday, 27 March 2011

Hari keluarga Mohd Noh

13 comments :
Salam ..
Bertemu kembali..setelah beberapa hari tidak berblog.
Hari Sabtu dan Ahad, tarikh 26-27hb Mac 2011, merupakan hari bersejarah bagi akak, papa dan anak-anak  kerana inilah kali pertama kami meraikan hari keluarga sebelah papa secara besar-besaran bersama adikberadik papa seramai 7 keluarga semuanya. Keseluruhan ahli keluarga seramai 62 orang termasuk cucu cicit Mohd Noh bin Sulong.



Memang sangat hepening..kegembiraan tak terungkap dengan kata-kata. Papa pun rasa seronok..di kelilingi adik beradik, ipar duai, anak/menantu saudara, cucu-cucu saudara. Tidak ketinggalan, sudah tentu laa.. isteri dan anak/menantu/cucu sendiri laaa..heheh

Pelbagai aktiviti di atur bagi memeriahkan hari tersebut..alhamdhulillah semuanya berjalan lancar. Yang paling best semua orang memberi kerjasama dan sangat sporting. pastu semua orang dpt hadiah cabutan bertuah pulak. hadiahnya sangat unik dan lucu..rasanya tak pernah org buat lagi. Nanti akak buat n3 khas utk hadiah yg akak dapat ye.. ( kalau ada masa nanti .)

Thema colour tahun ini..biru dan merah  .family akak dengan thema colour biru pada hari sabtu.

 pertama kali cucu-cucu main kat tepi pantai. selalu main  kat swemening pool aje..hehe

Susah nak dapat atok sedara yang mithali ni. sanggup pangkukan cucu sedara sampai tidor. caya lah atuk chik.dah besar nanti mesti syameen sayang atok chik. si tecik syameen pun ikut thema jugak..

dua orang adik ipar dan anak2 sedara ku..

Acara makan2 derian. Kalau ada ler pertandingan makan derian..dah tentu papa menang.hihih

Ada pulak keturunan si paul sotong ni sesat  kat pantai PD. Memula Nadiah yg nampak sotong kurita ni naik kepantai di bawa dek ombak.pastu chik din ambik bawak kedarat..kebetulan kami tengah berBBQ. ada yg cadangkan bakar dan boleh di makan. tapi tak lalulah.terus kami lepaskan..kesian dia..

 Pagi ahad..lepas bekpes..semua turun kepantai dan mandi laut. tak ketingalan akak ler..dah lama sangat tak mandi laut..windu..hihihi

best nya sesekali wat camni..enjoy sekejap.hehe

Hari ahad thema colour merah.

Saturday, 26 March 2011

kejap-kejap putus

2 comments :
Salam..
Tak tahu laa kenapa..streamix kat rumah ni..sekejap ada..pastu takde. Tengah nak update blog..tetiba putus camtu aje. Kekadang tu.. kena tunggu beberapa minit baru ada line.sabor ajje lahh..


Agaknya kesan dari tsunami di Jepun yang buat kabel-kabel bawah tanah jadi rosak kut..memandai aje akak ni..heheh. Tak pun talian internet banyak sangat kat taman perumahan ni..langsung jadi sesak. Bila akak check kat open network sharing centre..sampai lebih dari 10 akses dalam satu-satu masa. macam-macam nama ada. Secara tak langsung..akak tahu siapa yang tengah online..hihihi.

Wednesday, 23 March 2011

pilih memilih

4 comments :
Salam..
Segala teka teki sudah terjawab. memang sahlah yang pilihanraya negeri Serawak akan berlangsung tidak lama lagi.

Acara pilih memilih akan berlaku di semua peringkat. Pilihlan..pilihan yang tepat dengan kehendak semasa.. semuga pilihan kita nanti benar-benar dapat membantu membangunkan ugama, bangsa dan negara yang kita cintai.

Tuesday, 22 March 2011

nak termuntah dan sedih..

4 comments :
Salam..
Awal pagi..baca suratkhabar sambil minum-minum..terrasa mual dan hendak termuntah. Tidak ada ke berita yang mengembirakan sedikit selain berita yang memalukan dan memualkan.

Sudahlah kita semua sedang bersedih dengan rempuhan tsunami di Jepun dan ledakan bom US dan sekutunya ke atas Libya, di sini kita semua sedang berperang dengan perasaan bercampur baur..antara hendak menegakkan yang berhak dan yg bathil.
Tidak boleh ke kita menutup keaiban sesama bangsa seagama sendiri? tidak boleh ke kita mengaku bersalah..sekiranya kita bukan di pihak benar?
Tidak terasa ke ..seperti menepuk air di dulang?
Tidak bolehke..kalau tersesat di hujung jalan..balik kepangkal jalan?
Yang sudah tu..sudahlah. Kasihan bumi yang sedang nazak ni..
Semuga Allah memelihara semua ciptaanNya.

Saturday, 19 March 2011

kad kredit

8 comments :
Salam..
Cerita pasal kredit kad..sekarang sibuk kerajaan nak menghadkan hanya 2 kredit kad yang layak dimiliki setiap individu.


Kenapa susah2  nak memikirkan masaalah yg remeh temeh. Kad kredit tak jadi masaalah..yg jadi masaalahnya.. individu itu sendiri. Dari sibuk nak menghadkan benda yang jadi keperluan kpd individu yg berdisplin..lebih baik di disiplinkan individu yg bakal tak  berdisplin tu. Ajar mereka cara menguruskan kewangan yang betul dari perengkat sekolah rendah lagi..


Kebetulan..baru tadi dapat voucher dari Citi Bank. Ada manfaatnya mengunakan kad kredit ni. berbelanjalah mengikut kemampuan dan pastikan membayar penuh jumlah yang di guna sebelum tamat tarikh matang..

Thursday, 17 March 2011

tikam belakang

12 comments :
Salam..
Selama ini aku menatang kamu bagai minyak yang penuh. Ku anggap kamu seperti saudara ku sendiri. Tak sangka pulak sanggup kamu menikam aku dari belakang ekk!!

Tak apa..sekurang-kurangnya..aku tahu lebih awal akan sikap kamu sebenarnya. Tidaklah aku menaruh harapan untuk menjadikan kamu sahabat sejatiku. Sahabat yang boleh berkongsi susah dan senang..suka dan duka...
Segala kata nista kamu di belakang ku..hanya menunjukkan sikap cemburu kamu terhadapku. Aku tiada kelebihan apapun..berbanding kamu. Kekurangan kamu hanyalah..semata-mata perasaan cemburu kamu terhadap kejayaanku. Itu sahaja..

Tuesday, 15 March 2011

dialog kanak-kanak

8 comments :
Salam..
Baru bersemangat nak update blog setelah semua permasaalahan dilupakan. Kesihatan pun tak berapa nak mengizinkan..
Beginilah ketentuan hidup..ada masanya kita gembira ..ada ketikanya kita berduka. Suka duka...susah senang..silih berganti mewarnai kehidupan ini..
Kali ini akak nak mulakan dengan cerita yg agak lucu sikit..
Seperti biasa pepagi..sebelum menjemur pakaian, akak akan mengemas dan mencabut rumput di halaman rumah..
Hari ini jiran akak lambat pergi kerja kot. Jadi riuh lah anak-anaknya bersembang sesama mereka. Di sebalik dinding batu pagar rumah..akak terdengar dialog dua beradik ni bersembang..

gmbr cik google punya

Kakak : adik! semalam kakak nampak kucing tu bergaduh!
adik : huh!  apaa?
kakak : ye.. kakak nampak..kucing tu gadoh ! kucing jantan tu..buat kucing betina..kesian dia!!
adik : huh!...( blurr agaknya )
kakak : iye..kucing tu..( camni..camtu..hihih..malu nak sebut satu-satu.. )
ayah : amboi!! banyak nya cerita..sudah!..masuk kereta!!
hehehehe...akak senyum sorang-sorang...

pssst..agaknya ini ke.."pendidikan awal s**" utk kanak-kanak ?

Thursday, 10 March 2011

kosong

10 comments :
Temankan papa..ada urusan. Bawak notebook..kegkonon nak update blog..tapi takde idea..serabut dan blurr... ntah apa-apa yg ku pikirkan. pasrah..

Friday, 4 March 2011

Emak !!

18 comments :
Salam..
Baru balik dari kampung..ziarah emak. Emak kelihatan sedikit uzur. Dalam usia 80 tahun..nampak masih kuat..tapi tak tahu kekuatan tu datang dari mana. Semanagat yang kuat menjadikan dia sihat kut. Emak seorang yang kuat mengaji. Kebanyakan masa lapangnya diisi dengan mengaji Quran. Sudah beberapa kali beliau khatam Quran. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kesihatan emak.. Amiin..

Thursday, 3 March 2011

Terharu..

10 comments :
Salam..semuga aktiviti harian teman-teman berjalan lancar..
Terharu sangat..
- Dengan sikap papa. Semalam tanpa di rancang papa telah membelikan 2 buah beskal untuk 2 orang cucu kesayangannya. Katanya.. kasihan melihat cucunya berkejaran berebut nak naik beskal abangnya sampai jatuh-jatuh. Lepas membeli..teringatkan cucu lagi satu yang sebaya. Alang-alang beli dua..adil katanya. Teringat masa anak-anak masih kecil dulu.. olih kerana kasihankan anak nak bermain beskal bersama rakannya..tapi..hanya mampu beli satu beskal BMX saja..kongsi pulak dua orang. Biasalah..abang dapat main dulu..adik dapat main kemudian...
- Dengan sikap orang yg perihatin dengan pasanganya. pada akak..sikap ambil berat tentang makan minum pasangannya adalah satu tanggungjawab. Kalau sayangkan pasangan kita..berilah perhatian dlm soal makan minumnya. Terharu sangat..datang dari jauh..semata-mata nak hantar makanan..kerana tahu yg pasangannya sibuk sampai tak sempat nak makan..
- Semalam..berlatih marhaban utk majlis berendoi yg akan berlangsung ahad depan. Ustazah yg mengajar takdpt dtg. Ahli kumpulan memberi kepercayaan kepada akak untuk mengajar mereka membaca rawi. bukanlah akak ni pandai sangat pun. tapi kan...kalau dah takde rotan ..akar pun berguna juga kan..hehe
- akak respect betul.. sesorang yang bertanggungjawab terhadap urusan rumahtangganya..anak-anak dan suaminya. Semuanya teratur rapi. Walaupun dia berkerja..jadual hariannya di susun atur begitu sempurna. Dia ada package lengkap..seorang anak, menantu, isteri dan ibu. Semuanya dilakukan dengan begitu cepat, cekap dan pantas. Tiada bantuan sesiapa. Beruntung orang yg beristerikan dia...

Wednesday, 2 March 2011

perasaanku..

5 comments :
Salam dan selamat sejahtera..
Perasaan tengah down sekarang nie..tak tahu nak buat apa. Kerja-kerja banyak mananti. Itu..ini..disana di sini..semua nya nak di ladeni ( bahasa jawa..bermaksud di layan dan di siapkan..klau salah maafla ye..) hukhuhkhuk

Tiket dah ambil

6 comments :
Salam..
Yeee...haaaa!!!!..Sampai jugak akak ke pejabat Nuffnang . Walau pun agak susah  mencari lokasinya..alhamdhulillah..berjaya juga sampai kesana. Tujuan kesana..kerana hendak mengambil tiket yg di hadiahkan kepada akak. Sepatutnya mesti ambil sebelum 28hb. Olih kerana kebizian yg teramat, sampai terlupa yg hujung bulan jatuh pada hujung minggu dan pejabat Nuffnang tutup. Semalam  cuba hubungi Nuffnang..kut-kut masih availlble tiket tu lagi. Seperti biasa Nuffnang kan baik hati..tiket tu masih availlble utk akak. Terimakasih  Nuffnang..harap-harap tahun depan  boleh dapat lagi..  :)