*

Tuesday, 6 December 2011

jom kita berniaga lah pulak..

Assalaam..
Merajinkan diri blogwalking. Syoknya bersantai di Syoknya Santai..

Tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam
Sekarang ni terlalu banyak online shop yang wujud. Mungkin setiap hari muncul 1 hingga 10 orang mengusahakan perniagaan secara online. Kalau diizinkan nanti, nak jugak aku buat survey dalam sehari berapa banyak blogshop yang wujud. =D Tak salah nak meniaga, Islam juga dah memberitahu 9/10 daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan.

Semakin hari semakin banyak persaingan. Macam-macam cara peniaga nak lariskan perniagaan tapi kena lah ikut syariat Islam (bagi yang beragama Islam).

Sebelum tu nak citelah sikit, kadang-kadang aku terpikir tentang kedai makan yang selalu dikerumuni pelanggan tak kira masa. Tempat duduk memang full sentiasa, sampaikan ada pelanggan yang sanggup menunggu pelanggan lain siap makan untuk ambik turn makan. Macam tu sekali penangan kedai makan tu. Ada jugak aku dengar dari orang-orang tua lah. Kalau kedai atau restoran tu penuh dengan orang, maknanya empunya kedai ada mandrem la ataupun ada satu istilah lain, tak ingat pulak ape istilah tu...Yelah, mana taknya. Kalau ikotkan bukan sedap sangat pun makanannya. Atau mungkin salah satu faktor suasana kat restoran tu memang selesa, layanan pun memang tip top. Tuhan saja yang tahu. Yang penting, kita makan makanan halal.hehehe.

Kat bawah ni tips nak melariskan perniagaan mengikut syariat Islam yang aku cedok dari SINI.

1-Beristiqamah (berterusan) Dalam Melakukan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Waktunya sesudah matahari terbit sehingga matahari di tangah-tengah langit (kira jam 12tgh). Dilakukan antara dua rakaat hingga lapan rakaat. Ada sebahagian kitab menyatakan sehingga 12 rakaat. Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertauba"t (hadis tarmizi)


2-Selalu Mengamalkan Doa-Doa Yang Ma'thur
  
3- Beristiqamah (berterusan) dalam melakukan amalan Surah Al-Waqiah setiap malam

        sabda Rasullah "sesiapa membaca setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusuhan atau kemiskinan selama-lamanya" (diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Masud r.a)

      sabda Nabi s.a.w "barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah al-waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua"


4-Amalan Bismillahirrahmanirrahim
Membacanya 1000x selepas Solat Asar secara berterusan dengan kusyu' dan khudu' serta memahami isi maknanya


5- Boleh Meruqyahkan (Menjampi @ Terapi) Dengan  Ayat-Ayat Ruqyah Pada Bahan-Bahan Atau Produk-Produk Yang Ingin Dijual 
 Boleh google atau cari buku nya kat kedai buku.


Selamat Beramal!!!  

18 comments :

  1. Saya pun teringin nak berniaga..TApi tak tau nk bisness apa

    ReplyDelete
  2. kadang nak jual bunga2 depan umah tu..tapi xtahu mcm mana..sudahnya kasi jew org..taw kalu jual 1 pasu bleh dapat untung juga..hehehhe

    ReplyDelete
  3. Kak Yon..apa khabar...Azzah dah 3 tahun jual online....jom lah visit online store Azzah...

    Nurazzah8
    Button Planet Ent.
    http://www.buttonplanetent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ziana..
    nak mulakan berniaga memang pening..pening pk brang apa yang nak dijual.;)

    ReplyDelete
  5. ila..
    memula kita memang rasa malu nk berjual.bila dah mula n rasa dpt untung..seronok xnak berhenti dah..hehe

    ReplyDelete
  6. wslm azzah..
    khabar baik.pernah visit.nnti kak visit lagi..:)

    ReplyDelete
  7. salaam kakyon, sekadar berkongsi pengalaman..jauh sekali nak riak atau meninggi diri..amalan sekadar untuk mendapat redha allah..sal kalau berkesempatan, akan buat solat duha dekat pejabat..atas kuasa allah juga, satu hari opis sal kena pecah masuk..habis semua pintu bili dia kopak, laci dia pecahkah, kabinet dia kopak..tapi takde apa2 yang hilang kak..komputer2 sal pun dia tak angkat..subhanallah..alllah itu maha kuasa melindungi harta benda walaupun kena ganti pintu/kunci semua tu takpe..sebab info2 dalam komputer2 tu sangat2 penting..syukur alhamdulillah :-)

    ReplyDelete
  8. sgt berguna tips ini buat yg rajin berniaga..mama tiada bakat tu..

    ReplyDelete
  9. husband munna tgh berniaga sekarang ni... bagus utk dia amalkan

    ReplyDelete
  10. w'slm salmi..
    terimakasih salmi kongsi pengalaman sal kat sini..
    subhanallah..rezeki kita allah yg tentukan dan menjaganya.semuga panduan ini menjadi amalan kita semua..Insyaallah..

    ReplyDelete
  11. mama..
    apa khabar mama..:)

    ReplyDelete
  12. munna..
    tahniah buat suami munna..
    99% punca rezeki..adalah perniagaan.semuga suami munna mendapat kejayaan..Amin.

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni & mmg sesuai diamalkan oleh org islam...kami pun ada kedai blog kalau amalkan sgguh2 sure boleh wt sales byk2 kan...insyallah rezeki tu akan dtg kalo kita rajin berusaha...tapi kalo usaha jek tanpa doa tak guna gak kan...tqvm org muo

    ReplyDelete
  14. OdahOne..
    apa yg baik elok kita kongsi2 ekk!
    Odah jual apa ye..nak gi terjah ni..
    usaha seiring dengan doa..insyaallah..rezeki bertambah..

    ReplyDelete
  15. Alin..
    terimakasih.. :)

    ReplyDelete
  16. Saya suka duduk di pangkin. Saya selalu kagum dgn org yg pandai berniaga. Dan kedai makan yg ramai org sampai beratur tu mmg memusykilkan. Ada satu kedai keropok kt kuantan ni mcm tu. Org sentiasa ramai, walaupun semua pekerja2 dia langsung tak senyum dan sombong nak mampus. Tak faham.

    ReplyDelete
  17. LydSunshine..
    kekadang memang kita musykil..kenapa ramai sangat pelanggan kat sesatu kedai tu..padahal kedai pun tak bersih, masakan pun x brape sedap, tapi kita nk juga kesana!

    terutama kedai mamak! oops!

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..