*

Friday, 25 November 2011

dengan rasminya akk berpindah..

Assalam..
Dengan rasminya akk telah pindah kerumah baru akk di Desa Alam. Kenapa akk kata camtu, walaupun dah dua minggu duduk rumah baru ni..sebab dengan rasminya juga akk telah mengosongkan rumah akk di Sunway Kayangan pagi tadi..huhuh.
Terasa sedih juga meninggalkan jiran2 yang baru nak kenal mengenal. Walaupun baru tinggal selama 3 tahun..tapi sudah rasa sebati dengan suasana di situ. Banyak kenangan manis kami sekeluarga di rumah itu. Banyak aktiviti keluarga dan majlis penting keluarga berlangsung di situ. Semuanya jadi kenangan indah buat  akk dan keluarga.
Sebenarnya sangat berat bagi akk nak melepaskan rumah itu.Namun apakan daya..akk tak mampu untuk meneruskan memiliki rumah tersebut..di sebabkan komitmen yang sangat tinggi. Biasalah kan..kalau hendakkan sesuatu..kena korbankan sesuatu juga..
Malam tadi jumpa bakal penghuni rumah akk tu. Nor bersama suami ..pertama kali aje melawat rumah akk bila dapat tahu yang rumah akk nak di jual..terus terpikat. Berkenan sangat..katanya. tak banyak soal jawab dan terus setuju dengan harga yang akk tawarkan..hahahah. Beshnya kalau selalu dapat berurusan dengan orang yang sebegini..boleh selalu buat urusan jual beli rumah..heheh
 gambar kenangan dengan Nor.. kat tangga yg cun!

 kosong

Tinggal kenangan..semuanya dah kosong. sekosong hati akk sekarang ni. Tak akan ada lagi suara manja yang akan bertanya.. Mother! what are you doing! are you cooking!..takpun..ibu masak apa? kenapa  cepat sangat masa berlalu..belum puas rasanya bersama main masak2 di sini. Disinilah tempat paling seronok mendengar cerita dan bergurau senda..kekadang memberi nasihat juga dan mendengar luahan rasa..huhuhuhuhuh

2 comments :

  1. mesti kakyon sgt sedih skrg ni..mama faham..hu2x..kadang2 kita terpaksa juga melepaskan barang atau orang kesayangan kita..betul ke?..hu2x..mama juga akan kehilangan suara begitu tak berapa lama lagi..hu2x..

    ReplyDelete
  2. saya pun bakal rindu rumah itu. tempat kita bertemu dan bermesraan berdua. sob .. sob ..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..