*

Tuesday, 9 August 2011

percaya tak? di sangka mengandung rupanya ular membesar dalam perut..

Salam ramadhan..



Semasa akk berblogwalking tadi..terjumpa blog Anak Seberang. Terasa geli yang amat sangat sampai senak perut nak termuntah baca kisah ini. kalau betullah cerita ini..bolehke terjadi?
jom baca...

Lahore: Aneh tetapi benar. Seorang perempuan Pakistan mengaku mengandung seekor ular besar di dalam perutnya. Menurut laporan media Pakistan, baru-baru ini, perempuan berusia 50 tahun bernama Rasheedan Bibi yang berasal dari Saggar, Lahore utara, mengaku secara tidak sengaja tertelan anak ular kecil yang berada di dalam air minumannya beberapa bulan lalu.

Namun setelah beberapa minggu, perut Rasheedan mulai membesar secara luar biasa, dan ia yakin bahawa dirinya hanya hamil. Dengan perutnya yang terus tumbuh membesar, ia juga mengaku kesakitan. Setelah tujuh bulan perutnya membesar, Rasheedan akhirnya mencari bantuan perubatan dan pergi ke rumah sakit untuk memeriksa perutnya.

Menurut Rasheedan, staf rumah sakit sudah menggunakan ultrasound untuk melihat apa yang tumbuh dalam dirinya dan mengatakan ada seekor ular besar yang melilit isi perutnya.
Rasheedan wanita yang berasal dari latar belakang keluarga miskin itu segera meminta bantuan dengan pihak berkuasa tempatan agar dapat membantunya mendapatkan pengubatan operasi pengeluaran ular besar itu.

Menurut seorang pengomen dalam akhbar berkaitan, berita ini berkemungkinan palsu. Asid di dalam perut manusia tidak akan membenarkan ular untuk hidup, apatah lagi hidup dan membesar. [TheMorningStar.co.uk]

6 comments :

  1. ish..biar btol kak cite ni.?pelik btol..

    ReplyDelete
  2. hua2 nasib baik le orang tu hidup lagi, kalau tak ular tu yg makan dia ekekee

    ReplyDelete
  3. kalau betul,gelinya !!..mama ni takut ngan ular..betul ke berita tu hanya palsu..mcm2 cara nak dptkan publisiti...

    ReplyDelete
  4. ladyheart..
    ceritanya..lebih kurang di katakan!!..;D

    ReplyDelete
  5. padin..
    selalunya ular telan orang..kali ni orang telan ular pulak..hueks..

    ReplyDelete
  6. mama..
    itulah kan! kat dlm internet ni susah kita nak percaya.. sesuatu berita tu benar ke palsu ek!!

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..