*

Wednesday, 6 July 2011

semuanya dalam package..

Salam..
Hidup insya Allah...Mati dah pasti. Baca ayat nie kat dalam facebook anak akk..Along Sham..
Kebetulan..khamis lepas..adik bungsu papa telah pulang ke rahmatullah secara mengejut. Jenazah telah selamat di kebumikan. Alhamdhulillah..semuanya selamat sempurna. Semuga arwah di tempatkan bersama orang yang soleh.. Alfatihah buat allahyarham..
Terbaca papan tanda ini di tepi masjid. Inilah harga package persiapan zahir kita untuk kita pergi menemui Ilahi.
Harga package sebenar  ada dalam diri kita sendiri. Package semahal mana yang kita nak bawak nanti? Ya Allah..ampun kan segala dosa-dosa ku...

12 comments :

  1. salam takziah buat kakyon..semuga arwah ditempatkan didlm gulungan umat yg beriman...amin..

    ReplyDelete
  2. mama,
    terimakasih.mudahan aamiin..

    ReplyDelete
  3. aah ari tu pn mlwt org meninggal sumenye dalam pakej.. insaf rasanye.. mudah2 an roh arwah dicucuri rahmat amin

    ReplyDelete
  4. nazirah,
    terimakasih..harus mengingati kematian kita.bila tu tak pasti..

    ReplyDelete
  5. takutnye....moga roh nye di tempatkan di tempat org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  6. owhh..meninggal pun ada pakej.. biasanya ada khairat kematian..apapun biarlah berpada supaya tidak menyamai kaum lain apabila soal mati diniagakan..semuga kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah bukan suul khatimah..

    ReplyDelete
  7. Ct Aja,
    memang begitu perasaan kita bila ziarah kematian.insaf sekejap..:)sepatutnya berterusan ekk!

    ReplyDelete
  8. salmi,
    Betul apa yg sal katakan.
    kat tempat akk dah lama buat benda ni.tak mahu menyusahkan keluarga si mati mencari2 duit nak beli keperluan pengembumian.selesai semua urusan..baru keluarga arwah membuat bayaran.tapi taklah semahal seperti kat papan tanda tu dan tidak dipaparkan di papan tanda.bila letak di papan tanda..dah seperti perniagaan pulak :(

    ReplyDelete
  9. betul tu kak yon, urusan pengembumian adalah fardu kifayah yang dituntut keatas masnyarakat..maknanya kalau takde sorang pun buat, keseluruhan penduduk itu boleh dikira berdosa..sal paham keadaan sekarang, semuanya perlukan duit, tukang gali kubur pun perlu makan, tukang bawak van jenazah pun perlu duit untuk isi minyak van, tapi harapnya tidak membebankan keluarga simati, apakah lagi kalau wang itu adalah duit anak2 yatim..dah jadi hal lain pulak..mohon share gambar yer kak..terima kasih..

    ReplyDelete
  10. sal,
    satu hal lagi kan..masaalah kenduri arwah.tak di bolehkan harta si mati di belanjakan untuk buat kenduri tahlil kan..selagi belum selesai pembahagian harta kepada waris.
    kalau nak buat juga guna duit waris.kena belajar dan faham betul2 perkara ni..
    silakan sal..ambillah.:))

    ReplyDelete
  11. sekarang nie macam2 pakej ada... sampai ke urusan kebumi jenazah pon dah ada...
    ( jom klik ) ( jom klik )

    ReplyDelete
  12. Kotak Mancis/ S_Basri,
    terimakasih singgah sini.sekrng ni semuanya dlm pakej.bukan saja majlis kawin..urusan kematian pun dah di pakejkan

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..