*

Thursday, 21 July 2011

langit tidak selalunya cerah..

Salam..
Sesuai sangat ungkapan peribahasa 'langit tidak selalunya cerah'. untuk tajuk n3 akk kali ini.
tetiba saja idea datang sewaktu hendak menjemur kain pagi tadi. cuaca sedang elok panas ni baik cepat sidai kain..cepat dia kering..

gmbr cik google punya..perasaan aku punya..

Begitu juga dengan kehidupan ini. Selagi kita masih sihat dan di beri kekuatan fizikal dan mental..seloknya kita manfaatkan sebaik mungkin akan tuntutan dunia dan juga  akhirat..kerana kita tidak akan selalunya sihat..

Begitu juga selagi di beri kekuatan fizikal dan mental untuk mencari rezeki..carilah rezeki yang halal..dan menafaatkan kejalan yg di redhai Allah. Janganlah di bazir2kan kepada benda yang tidak perlu. Ingatlah masa hadapan yang masih panjang..kerana rezeki tidak selalunya menjadi milik kita..ada pasang surutnya. beringatlah semasa rezeki masih murah..kerana kita tidak tahu..ada kah rezeki untuk kita lagi?

Begitulah juga..dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan. hargailah ia selagi hayat masih di kandung badan. bila kita/mereka telah tiada nanti..barulah kita merindui akan kehadiran/kewujudan mereka di samping kita dan kita/mereka lah yang akan mendoakan kesejahteraan kita/mereka nanti. Berbaik sangka antara kita adalah amalan mulia. Kekurangan/ kelebihan diri sudah di tentukan sejak azali..terimalah ketentuanNya. kerana kita telah di takdirkan begitu..

8 comments :

  1. terimakasih rina.akk cuma berkongsi dan mengingati diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. ya kakyon langit tidak selalu cerah !!!..he2x..kat sini baru je hujan berhenti...biasalah kakyon semasa ada tak dihargai bila dah tiada baru diingati..sedihlah pulak baca entry ni..hu2x..

    ReplyDelete
  3. betul3. setuju dari mukadimah entry sampai la ke titik noktah.

    ReplyDelete
  4. mama,
    janganlah sedih bca n3 akk ni.dah jadi lumrah sikap manusia macamtu.kenalah terimalah kenyataannya :(

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..