*

Wednesday, 13 July 2011

akhirnya..

Salam,
Baru rasa lega..apa yang akk geramkan dah selesai..
kronologi  kegeraman akk..bermula di sini..

30/6/11@10.21 am
- seorang hamba Allah ( tokeh agensi bermasaalah ) menalipon akk..tanya akk ada rumah ke tidak? akk jawab ada..memang akk ada kat    rumah.
- akak! saya nak datang rumah akklaa!.
* akk jawab 'datangla!'.
- tapi saya lupa jln rumah akk..sbb masa hantar akk balik ari tu..saya tak perasan sangat. ( memang pun kau tak perasan sbb kau bukan kenal aku pun dan aku pun bukan kenal kau sangat.baru 2x jumpa.kebetulan masa balik dari guangzhoa dia jemput di airpot,sbb akknya flight awal dari yg lain2)
* Tapi akk tak duduk situ..akk ada kat sunway kayangan !!
- tak.pe saya pergi sana!.  akak!! boleh bagi saya pinjam duit RM300 tak? saya urgent sangat  ni!!
* hah!!!!! akak takde duit banyak dalam wallet L***!!. takat 7-8 hinggit adalah ..wat beli goreng pisang!! ( apa ke jadahnya nak simpan duit bnyk2 kat dlm wallet..simpan di bank lagi baik. )
- takpe..nanti L*** antar akak gi bank..akk ada ATM kadkan?( hapa.. kau ingat aku ni haprak sangatke. takde ATM kad? )
Sampai kat depan pintu pagar..kebetulan papa pun sampai rumah serentak dengan dia. Berceloteh macam dah kenal lama lagaknya..bla..bla..bla.. Bukak cerita yang dia dah issued satu cek..tapi duit tak cukup RM300.nak keluarkan duit dari ATM mesin..kad pulak tertelan,katanya. Akak dah agak ini satu alasan orang takde duit dalam current akaun. Takkan tak boleh pinjam duit suami...datang dari jauh semata2 nak pinjam RM300. tengok pakai kereta tak menahan!!!  malas nak banyak cakap..akk pinjam dari papa n bagi dia pinjam.
- nanti hari selasa saya bayar ye kak!!" alasan nak bayar hari selasa kerana nak keluar negara.
KETOR TANGAN NAK BAGI PINJAM RM300. Maklumlah.. bukan senang nak dapat RM300. BW sepangjang malam selama sebulan pun belum tentu Nuffnang nak bagi sebanyak itu tau!..hehehe

5/7/11@12:32
 try call 2x tak berjawab. pastu dia sms..
-  kak baru habis meeting dgn kastam. tlg sms no akaun akk sekali lagi..
 (dah bagi dah..takpe bagi sekali lagi )

8/7/11
 try call 4x tak berjawab. akk sms dia.
*  L***!! kenapa tak angkat phone. bankin duit akk, akk nak bayar kutu pada M******( kawan akk yg dia kenal main kutu sama2 dan rekemen akk pergi melancung dgn agensi dia) tak pun akk suruh M****** mintak dari L***!! ( akk pun bagi alasan jugak ni..hehhe)

9/7/11
 baru dia nak balas sms akk semalam.
- Salam, kakros, ni L***. maaf hphone lagi satu hilang. L*** dah bnkin cek ke akaun akak smlm. selasa clear la. maaf lewat bz uruskan tiket ke boston & trip jkta/bndung dorang nk pegi mgu dpn. tkasih byk2.
* (dlm hati kata...ada akk kisah apa urusan kau )

12/7/11
* akk sms dia pagi. salam..  L***! mana ada duit masuk..jangan main2 laa !!
- sebelah petang dia balas . jap kak! L*** chk kt bank, td ada bank call tp tgh meeting..
* biasalaa tu.. (merujuk..org kalau menipu..mcm alasan di beri ) L***  bnkin arini juga. abg nak pakai duit tu. itu duit dia!!
- ini no akaun akak ye? bla..bla..bla..
* (dlm hati kata.. berapa banyak no akaun orang lain dia ada hah?klau akaun akk saja mesti ingatkan.. ).. ye!!

13/7/11
* 13:35 pm. call dia lagi..tak angkat.
- 13:45 pm dia sms..kak saya kat kaunter nak bank ni. jap lagi..
- ( dlm hati kata..yg hari tu kau kata dah masukan cek tu hapa..tak ke nak menipu..
*15: xx.. chek online jap tadi ..baru ada duit..

nota: bukan akk ni kedekut atau apa. lembu berpegang pada tali, maknusia kan berpegang pada janji. kalau berhutang kena bayar ikut perjanjian. Kalau rasa tak nak/boleh bayar cakap sajalah..nak mintak duit..hahaha..





-

8 comments :

  1. ha2x...ini taktik org biasa menipu..1 org rm 300 kalau 10 org dah berapa?..haprak sgt ke !!..travel agency kuat kencing (tipu) namanya ni kak ros @ kakyon..he2x...akhirnya dpt juga duit tu baik..syukurlah !!..

    ReplyDelete
  2. salam kak..apa khabar
    Alhamdulillah ade lg rezeki akk walaupun terpaksa melalui waktu gerem..susah kalau berkawan dgn org gini ye kak..

    ReplyDelete
  3. macam ni punya org pun ada ke?
    T_T

    ReplyDelete
  4. mama,
    saja je mama.dia tengok kita ni org tua..dia nak main2 plak.shukur alhamdhulillah..

    ReplyDelete
  5. aton,
    yang geremnya tu dia main2kan kita.klau nak tanggoh bayar..cakap terus terang.klau kita diamkan aje..lama2 burn.hal2 cam ni kena bertegas.sok2 dia tak berani lagi..:<

    ReplyDelete
  6. elie..
    skrng ni macam2 org ada.bukan astro aje yg macam2 program ada..;)

    ReplyDelete
  7. tu pun kira baik la akak nak gak bagi dia pijam. Kalo Ella ... NEHI!!

    ReplyDelete
  8. kakchik..
    rindu la..nak cerita cerinti..
    hahha gelak kuat ni..dengo perkataan NEHI!!! relese tension 2 bar bila kakchik datang..;)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..