*

Tuesday, 28 June 2011

percutian yang tak best langsung! part 2

Salam,
Kami 3 beranak dan 4 orang kawan menaiki van dan sampai LCCT lebih kurang jam 2.30am. Sampai sana sudah sedia menunggu tour agen kami, dan kami terus berbincang pasal berat barang yang akan di bawa balik nanti. Kami sedia maklum yg Air Asia ni benarkan bawa barang tak lebih dari 15 kg saja sorang. Atas permintaan semua peserta ( sebelum pergi kami ada buat meeting dulu) kami nak add kg lagi dlm 15 kg sorang. Bayaran tambahan dikenakan rm45 seorang . Bila nak buat bayaran, nama kami 3 beranak tiada dlm senarai. Kat sini akk dah rasa ada yang tak kena. Alasan dia, akk tak buat request. Mana boleh tak request..sedangkan barang yang dibawa pergi pun dah nak capai 15kg sorang.Takkan tak nak beli apa2 brg bila dah sampai sana kan!. Lagipun dlm meeting semua dah setuju nak tambah kg. Naik angin satu badan di buatnya. kecoh satu LCCT. Hambik kau phorto travel..gempak aje kat klasik nasoinal..servis hampehhhh!!!

Lepas tu satu lagi masaalah timbul. Semua orang, termasuk Oya dah dapat boarding pass..tapi akk dan papa tak dapat lagi. Beg semua dah timbang /masuk..tapi boarding pass ada error..katanya...
tunggu punya tunggu..sampai masa checkin..boarding pass tak settle lagi. Semua peserta dah check in..tinggal kami berdua saja. dalam hati akk kata.. mesti nama akk takde dlm senarai dan memang takde tiket untuk kami berdua. Bila akk tanya, dia kata.. nama akk dan papa ada silap ejaan. Airasia tak boleh terima ..walau pun ada silap sikit kat ejaan. Itu bukan masaalah Asia Asia..itu masaalah pengurusan travel tu. Pasport dah bagi awal. apa lagi yg tak kena. Inilah kerja orang travel agen ( tak semua )..cantas mencantas nak dapatkan pelanggan..pastu tak siapkan kerja sampai selesai..
Sampaikan  pangilan terakhir pun..masaalah tak sattle lagi. kami berdua tawakal saja..tak dapat pergi pun takpe. Tapi kesiankan Oya pulak..dia dah terlepas dulu naik pesawat. kalau kami batalkan..kata taknak pergi..kesian pulak kat Oya kena uruskan 3 buah beg besar...sabar ajelahhhhhh.
At last siap juga boarding pass..gate pun dah nak tutup. Kami jadi VVIP pulak..hikhikhik..kena jemput tapi kena berlari. Kesian kat papa tercungap kepenatan..sib baik tak semput macam Si Sepahhhh..hehe

4 comments :

  1. Alahai ... cam tu ker kak? Ish3 .. leceh arr cam tu, kan.

    ReplyDelete
  2. salam K.Yon...dah rasa xbest nk g melancung bila dah trkena camtu kan kak!

    ReplyDelete
  3. siannya kakyon..bila dianiaya begini ada rasa nak bako je tak travel agensi tu ?...

    ReplyDelete
  4. ingatkan kalau pegi bercuti ni semuanya best2 pengalaman..rupanya ada gak yg tersangkut2 ye nek? :)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..