*

Wednesday, 8 June 2011

dia di London?

Salam..

Entah kenapa..sejak kebelakangan ini akk selalu teringat dan rindu sangat pada seorang kawan yang dah lama sangat tak jumpa. Bila tengok TV cerita mat salleh akan terkenang dia. Bila tengok cerita melayu ada pempuan cantik pun teringatkan dia. Entahlah..agaknya bila usia sudah meningkat ni..memang suka mengenang masa silam kot..

Kawan akk ni tidaklah berapa rapat sangat dengan akk. Kami bekerja dalam satu bangunan cuma berlainan departmet. Masa mula bekerja, kawan akk ni tidak ada tempat tinggal, kebetulan rumah akak ada bilik kosong, jadi akk sewakan bilik rumah akk padanya. Kawan akk ni tinggal sementara saja sehingga dia dapat tempat tinggal yang selesa untuk membawa anaknya tinggal bersama. Maklumlah dia seorang ibu tinggal.

Selama beberapa bulan tinggal di rumah akk..akk nampak kehidupannya seperti biasa..hingga suatu hari dia balik lambat..dan kata nak pindah rumah. Lepas pindah rumah akk nampak banyak perubahan berlaku pada dirinya. Masa duduk serumah .. akk tak kisah sangat nak ambil tahu hal dia. Bila dah pindah.. akk lebih nak tahu pasal dia pulak. Sebabnya dia dah tak macam dulu. Ramai kawan2 menyisihkanya..tapi akk tetap kawan cam biasa. Dengan berbuat begitu..barulah akk tahu yang dia ni ada banyak masaalah.

Selain masaalah keluarga..dia mempunyai masaalah dengan boyprennya. boyprennya bukan setakat mendera fizikal dan mentalnya..juga mengikis duit ringgitnya.kesian dia..nak beli sepasang pakaian pun kena tanya boyprennya. Itulah yang di ceritakannya pada akk. Pernah sekali dia menumpang di rumah akk..gara2 nak melarikan diri dari boyprennya. Bila boyprennya dapat tahu..datang terus sepak terajang macam sekor lembu..sadis sungguh!! yg herannya..dia sikit pun tak menangis.dah biasa..katanya. Keras hati sungguh kawan akk nie. Akk pulak yang mengigil dan menangis.

Lepas akk pindah rumah lain..akk dah jarang jumpa dia..kebetulan dia pun dah naik pangkat. Sesekali jumpa..dapat tahu dia dah berkawan dan tinggal bersama dgn bangsa asing. Ada sekali bulan puasa..dia datang rumah akk..bawak makanan untuk nak makan tengahari. Astaghfirrullah..ada juga nasihat kan dia..bla..bla..bla..lepas tu tak jumpa lagi..sampai kehari ini..

Cuma beberapa minggu ini..akk asik terkenang dia saja. Tetiba akk terfikir kenapa tak cari kat FB ye? Bila akk taip saja..keluarlah nama dia. Ya Allah!!!! inikah dia..huhuhhuhuhuuuhuhuhuhu
Menitis airmata akk...sedihnya. inikah kesudahan hidupnya.Walaupun tak bertukar nama..hanya ada nama tambahan sebelum nama bapanya..akk tak pasti statusnya. nama suami? anak? semua nama mat salleh. kesiannya..salah siapa ye bila hal camni berlaku. Dari gambar-gambar yang terpapar..akk tak yakin dah. Doa akk buatnya..semuga Allah selamatkan dia..Amin.

20 comments :

  1. akak syak dia dah terpesong akidah ke?? nauzubillah .. moga Allah sentiasa melindungi dan menyayangi dia.

    ReplyDelete
  2. hurmmm..sal pun ada kenal family yang mcm tu..broken family and the single mom and children pindak ke europe..bila tengok kat FB cara hidup camtu..sal rasa sedih sangat..apakan daya..bila dah berada ditempat yang Islam bukan cara hidup mereka..lama2 hati kita jadi keras..dan lupa..moga allah berikan hidayah kepada mereka..aminnn

    ReplyDelete
  3. kakchik..
    tak berani nak cakap.kita tak bleh nak jatuhkan hukum..hanya Allah sahaja yg maha mengetahui..semuga dibuka pintu hatinya ingat kepada Allah..Amin

    ReplyDelete
  4. salmi..
    semuga Allah memelihara dan melindungi kita dan keluarga kita dari pengaruh yang tidak baik..

    ReplyDelete
  5. sedih membaca entry ini..semuga suatu hari nanti kwn kakyon akan dibukakan pintu hatinya olih allah utk kembali kejlnnya..insyaallah !!

    ReplyDelete
  6. mama..
    insyaAllah..semuga doa kita semua termakbol..Amin..

    ReplyDelete
  7. semuga kita semua berada di dlm kasih dansayang allah selalu...
    semmuga rakan kak yon beroleh taufik dan hidayah sama2 lah kita berdoa..

    ReplyDelete
  8. t'sentuh hati bla bc entry ni..rasa kesian pun ada,semoga dia cepat2 berubah ke arah yg lebih baik..insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. lina..sesama kita berdoa ye..semuga kita dlm perlindungan Allah swt.

    ReplyDelete
  10. ummie..
    berat mana kita memandang...berat lagi dia memikul. tapi..jgnlah smpai dia mengadaikan akidahnya..nauzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
  11. semoga ada hidayah buat dia kak ye...

    ReplyDelete
  12. munna..
    ye munna..amin..

    ReplyDelete
  13. semoga Allah membuka kembali hati nya ke jalan yang benar..
    takut nya kalau macam ini..seolah2 lupa pada asal usul keluarga dan agama..minta jauhkan la

    ReplyDelete
  14. aida..
    mudahan..berharap sangat dia akan kembali semula kejalan yg benar..

    ReplyDelete
  15. Ya Allah..dengar cerita akk pon dah dapat rase sedih tu..huhu..Jom la kite same2 doa moge dia dipanjangkan umur dan diberi hidayah... InsyaAllah..

    ReplyDelete
  16. kenapa pula tu.dah berubah ke sejak duduk london.

    ReplyDelete
  17. nampak macam kes berat ni, kakyon

    ReplyDelete
  18. munirah..
    sama kita berdoa ye..

    ReplyDelete
  19. Ali ridha..
    perubahannya yang menyedihkan.

    ReplyDelete
  20. tehr..
    memang kes berat.apakan daya akk..pandang dari jauh ajela..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..