Salam..
Malam ini akk nak berpesas-pesan pada anak cucu akk/nenek..janganlah kita turutkan hati..nanti mati, janganlah turutkan rasa..nanti binasa. Itulah kata orang tua-tua kita. Bukanya apa, bukankah elok kita berpesan-pesan sesama kita..saling ingat mengingati sesama kita..supaya semua perkara boleh dibincang bersama..di putuskan bersama..supaya nampak molek belaka.
Tidak ada guna nya kita bersengketa sesama kita. tiada untungnya berbalah sesama kita. Bukan ugama, bangsa, keturunan atau warna kulit yang menjadi puncanya. Bukankah kita telah menjalani kehidupan sempurna sekian lama. Kita saling memerlukan sesama kita. Kenapa begini jadinya.. apakah puncanya?
Ianya hanya lah berpunca dari sekeping hati yang tidak bersih. Bila hati tidak bersih..pandangan mata pun jadi tidak bersih dan berpinar. Bila dah berpinar tu.. warna yang putih, nampak hitam. Yang hitam pulak di katanya putih.. takpun jadi rabun warna pulak. Bersihkanlah hati kita dari segala kekotoran yang mungkin terjangkit dari bakteria yang bebas di udara ...
Esok nak ajak anak-anak pergi shopping barang dapur. Habis dah stok barang dapur akk..akk kerjakan stok makanan sebulan akk..sbb rindu sangat makanan rumah sendiri setelah beberapa hari makan makanan di Cina. Kekadang terfikir juga..dapat tak agaknya cucu2 akak merasai suasana yang sama macam akk rasai sekarang di masa akan datang ye?
merisaukan semua ni.. tak nak fikir tak boleh jugak tapi kalau terlebih fikir pun susah jugak.
ReplyDeleteBorong habis kak !
jangan terlampau ikutkan hati. sama-samalah kita berpesan-pesan.
ReplyDeleteLatest Entri :
Tidur : Kualiti Ke Kuantiti
azrina,
ReplyDeleteapa yg mampu kita berdoa utk kebaikan bersama.
klau kak borong semua..reen tak dapat nnti..hehe
eiala,
ReplyDeleteberpesan untuk kebaikan.:)