*

Thursday, 19 May 2011

hadiah hari ibu

Salam..
Sempena hari ibu minggu lepas..akak terima hadiah dari anak/menantu yang akak sayangi. Bukan sayang kerana hadiah-hadiah itu..tapi kasih sayang seorang  mama/ibu sehingga keakhir hayat. Harta benda hanya perantara luaran sahaja..hakikatnya jalinan hubungan dalaman  itu sendiri haruslah di pupuk sedari awal lagi.


rose topiary dari anas/nora, kad dari  ai/nadia, coklat sham/illa dan mandian victoria's secret dari anis anak angkat/kawan oya yg baru balik dr US. 

oya belanja pergi spa sebagai hadiah hari ibu. best jugak tempat ni..harga berpatutan..layanan pun bagus.  sesekali kena manjakan diri sendiri kan..


Buat anak/menantu mama/ibu..
Semuga anak/menantu mama/ibu..menjadi insan-insan yang soleh dan solehah..mama/ibu sayang semua. kamulah insan-insan yang tetap setia berada di hati mama/ibu dan dengan kehadiran kamulah yang telah membuat mama/ibu merasa bahagia. kamulah baby mama/ibu yang sangat comel suatu masa dulu. Maafkan mama/ibu andai mama/ibu tidak dapat mendidik kamu sebaik yang di harapkan. Hanya itu sahaja yang mampu mama/ibu lakukan dengan ilmu pengetahuan yang tidak seberapa. Mama bersyukur sangat bahawa kamu semua berjaya melepasi fasa kehidupan yang sangat mencabar. Mama berharap kamu akan berjaya juga melepasi fasa kehidupan seterusnya..insyaallah..amin.

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..