*

Wednesday, 27 April 2011

tuala kecil

Salam..
Agak lama tak bersiaran..di sebabkan tidak kecukupan masa untuk meluangkan masa ber blogwalking dan meng N3 cerita di pangkin nenek ini.
Hari ini balik ke rumah @17..rasa seronok aje..suasana sejuk, tenteram dan aman damai. Maklum rumah lama yang telah kami duduki selama puluhan tahun. Terlalu banyak kisah suka dan duka ter meterai di rumah ini. Walaupun dah berpindah @kayangan..sesekali kami tidur juga di rumah ini..menghilangkan rasa rindu..hehe..
Bila balik @17, ambil peluang berkunjung dan bersembang dengan jiran tetanga. Kalau @kayangan takde peluang nak bersembang begini.


cik google punya

Macam-macam topik yang kami sembangkan..termasuklah kisah pembantu rumah. Kisah pembantu rumah ni..memang tak  habis kalau nak di ceritakan. Macam-macam perangai  ada. kalau setakat tak pandai buat kerja rumah, tak pandai masak, tak reti jaga budak.. itu dah jadi perkara biasa.

Tapi sekarang ni..mereka  demand lagi. Sudahlah segala makan minum tempat tinggal di tanggong majikan..gaji pulak dah mahal.. bukan murah macam dulu. Mereka dah mula meminta di sediakan keperluan peribadi mereka..termasuk tuala kecil. Patutke..TUALA KECIL pun minta majikan  tanggung!! adehhhh..

8 comments :

  1. aik?
    sampai begitu sekali?
    memang tak patut tu

    ReplyDelete
  2. Salam Kak, azzah pun dah tak sempat sangat nak update blog dan bagai lain... sibuk sangat..ni pun curi masa sebelum gi kerja...
    maid azzah dah berhenti awal bulan ni selepas lebih 10 tahun kerja dgn azzah... dan sekarang dah decide tak mahu ambil maid lagi sebab anak yg paling kecik pun dah darjah 3... ada baang2 dia boleh tolong tengok kan bila balik sekolah... bila dengar skrg ni nak ambik maid baru nak kena bayar sampai RM7-9K ....huhu..pikir banyak kali kak... itu belum tentu dapat maid yg baik dan bagus...

    maid azzah yg last tu mula2 dari gaji RM350.... sampai lebih sepuluh tahun azzah bagi gaji RM700 .... pikir sebab anak azzah ramai dan semua kerja dia buat...

    Alhamdulillah dia laam sebab dia jaga dari segi agama, sembahyang tak tinggal dan rajin mengaji ... sebab dia kata kat kampung dia bapak dia ada pesantren (mcm sekolah tahfiz tu) .. dan dia ajar mengaji kat situ.. tu yg azzah suka .. tapi sekarang nak cari macam tu susah kan kak..

    lagi pun azzah nak anak2 ni pandai buat kerja sikit..kalau dulu asyik bibik aje...skrg biar dia orang buat kerja sendiri...

    ok kak..azzah nak berundur diri dulu... nak gi kerja..

    eslm

    ReplyDelete
  3. amboi demand sungguh...kdg2 kita xleh lyan semua kehndak dieorg ni just lyan yg basic2 dah lah...tkut nnti kit ayg jadi maid dieorg semuanya nak supply & sponsor...hoho...

    SURAT CINTA DARI BUDAK 8 TAHUN?

    ReplyDelete
  4. tehr..
    memang tak patut..demi menjaga kebersihan kakak tu belikan jugak..klau tak selamber aje dia pakai good morning!!hahahah

    ReplyDelete
  5. wslm azzah,
    untung azzah dpt maid yg bagus.tak semua org dpt.maid pun bukan semua tak bagus. ada yg akak jumpa..dia melayan majikan mcm ahli keluarga..membesarkan anak2 majikan hingga remaja dan maid di anggap org penting dlm keluarga.

    apa pun..bak azzah katalaa..maid yg kuat pegangan agamanya..boleh di percayai.berkerja ikhlas mrncari rezeki.

    kalau samapai 7-9k nak dptkan maid..rasanya sayang duit..heheh
    gotong royong anak beranak lg best..boleh rapatkan hubungan kekeluargaan.. kan azzah!

    ReplyDelete
  6. odah..
    betul tu..jgn smpai kaduk naik junjung ekk..

    ReplyDelete
  7. ye ke kak?? ish .. malu le. Akak .. rindu sgt kat akak ni.

    ReplyDelete
  8. kakchik..camtulah skrg ni. mailah dtg rmh..:)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..