*

Tuesday, 8 February 2011

terkenang..bila baca n3 ustaz

Salam..
Bila akak baca n3 ustaz love yang ini..tetiba akak terkenang satu peristiwa yang berlaku ke atas diri akak suatu masa dulu. Ini kisah benar ye bukan main-main atau dongeng..heheh

Kisahnya..sekitar tahun 70an..akak dan suami tinggal kat kawasan setinggan aje..kat kampung pasir lama. Walaupun kawasan setinggan, rumah itu milik kami sendiri. Kami tinggal di situ selama enam tahun saja. Bila memikirkan anak dah nak masuk alam persekolahan..kawasan itu rasanya tak sesuai untuk kami tinggal. jadi kami berpindah ke subang jaya dan menyewa sebuah flat di seksyen 13.

Bukan kisah pindah rumah yang nak akak kisahkan. kisahnya..semasa akak tinggal dikawasan setinggan..kalu sesapa pernah duduk setinggan.tahulah keadanya camnakan ..sangat padat dengan orang. kebetulan rumah akak tepi jalan tempat orng lalu lalang..beskal ngan motor aje.. hihih. Rumah jiran, depan rumah akak kedudukannya sangat rapat dengan rumah akak. adalaa dlm jarak 6-7 kaki. kalau berteng..teng..pun boleh jejak tangga rmh dia.

Nak jadi cerita..kasut /seliper.. akak selalu hilang. dah naik geram sbb kerap sangat membeli yg baru. Masa tu belum ada kes bebudak dadah curi kasut. Pernah papa pergi kerja pakai seliper jepun aje kerana kasut nya hilang. Satu hari jiran depan rmh akak tu seorang makcik, bertandang kerumah bersembang. Lepas beberapa minit sembang dia pun balik. Tak berapa lama lepas tu..akak nak keluar rumah..tengok-tengok seliper jepun akak dah hilang. Terduduk akak..rasa nak marah..geram dan sedih. Baru semalam akak beli seliper tu.. tak puas pakai lagi dah hilang..

Tetiba dengan tak sengaja..akak menjerit..Ya Allah!..siapalah yang ambik seliper aku ni..kau patahkan lah kakinya..bengkaklaa hendaknya kaki tu bio tak boleh jalan!!!! akak nangis bebelbebel..sampai papa tenangkan akak. akak teringat yang makcik tu datang..kutkut dia terpakai bawak balik..bila akak tanya dia kata taktau..takde ambik pun..jangan main tuduh-tuduh tau!!! .Akak pulak yang malu.Yelah dulu kami susah..kalau nak beli seliper tiap kali.. mana mampu..kerja pun kerja kilang aje..cukup-cukup makan aje..tu yang marah dan sedih sangat...

Lepas beberapa hari..akak ingat dengan jelas lagi..hari tu hari minggu. kenapa ntah akak asik duduk kat tanga rumah..tengok orang lalu lalang sambil bersembang ngan jiran lain.Tetiba nampak makcik tu jalan terdengkut-dengkut..datang dari rmh anak dia yang tinggal tak berapa jauh dari rumah kami. Untuk dia sampai kerumahnya..kena lalu rmh akak dulu. Bila nmpk dia terdengkut ..kami pun bertanya..kenapa kaki makcik? Dia kata..ntah bangun pagi.. kaki dia jadi sakit dan bengkak..susah nak jalan. Akak pun pergi kat dia dan perhatikan selipernya ( sepatutnya tengok kakinya yg sakit..heheh) akak macam tak percaya seliper yang dia pakai tu sah-sah seliper akak..sbb akak dah tandakan seliper tu..

Akak bukan nak kata..kaki dia bengkak sbb sumpahan akak. Tapi berdosa tak perbuatan akak tu? Apa pun perkara ni sudah puluhan tahun berlaku..makcik itu pun sudah meninggal dunia dan akak pun sudah bermohon kepada Allah.. kalau ada salah silap dia pada akak akak sudah maafkan. Semuga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang solleh dan solehah. Alfatihah  buat arwah..

2 comments :

  1. Kuasa Allah nak tunjukkan.. yang penting akak dah maafkan semuanya

    ReplyDelete
  2. munna..
    Allah lebih berkuasa di atas segala2nya..secara kebetulan aje tu..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..