*

Wednesday, 2 February 2011

serasi ke kita?

Salam..
Serasi ke kita ? Kalau tak serasi macamana ekk? hari-hari berperang kut! macamana keserasian tu boleh wujud..susah nak di huraikan. Semuanya melibatkan perasaan dalaman. Kekadang pertama kali pandang..kita sudah dapat merasai keserasian tu wujud dlm perasaan kita. Adakalanya bila kita tengok sesorang..kita rasa tak berkenan aje..walau secantik mana pun dia..hehehe
Orang dulu-dulu ada petua tertentu untuk menentukan calon jodoh untuk anak-anak mereka. Ini bergantung pada sesebuah keluarga itu..samada nak percaya atau tidak. Kepercayaan sebenarnya hanya kepada ALLAH yang amat berkuasa yang menentukan jodoh mereka.Soal serasi atau tidak..hanya pasangan itu sahaja yang menentukannya. keserasian boleh diwujudkan dengan ada sikap tolaransi dalam diri pasangan tersebut.

Petua ini hanya untuk suka-suka saja ye..
Dari mana asal petua ni..tidak lah akak tahu. Akak  cuma dengar dari dulu..semenjak akak mula kawin..sampai sekarang, emak akak selalu sebut petua ni..kalau ada orang nak meminang anak cucu dia ..dia akan tengok petua ni..

anak yg sulung dikatakan bersifat tanah..
anak kedua..sifatnya air..
anak ketiga..api..
anak keempat..angin..dan seterusnya ikut turutan tanah,air,api dan angin..

Dari sifat-sifat inilah dikatakan wujudnya keserasian. Contoh kalau anak ketiga berjodoh dengan anak keempat..susah nak dapat keserasian..kerana api dan angin memang tak boleh bertemu..samada api akan marak membakar atau api yang akan padam terus..habis..
Api hanya sesuai dengan tanah dan air saja..boleh percaya ke?

Nasib baik Allah jodohkan akak dengan tanah..alhamdhulillah. Nak mengwujudkan keserasian mengambil masa yang lama juga, sehinggalah dia boleh menerima diri kita..dan kita boleh menerima dia..segala kelebihan dan kekurangan kita bersama seadanya..insyaAllah..

6 comments :

  1. salam kak..
    keserasian wujud dari persefahaman dan menerima kekurangan n kelebihan pasangan..memang mengambil masa jg..eh klu ikut petua akk kami dua2 air...sejuuuuuuk

    ReplyDelete
  2. kira kekuri..
    cam serasi aje..hehe

    ReplyDelete
  3. aton..
    betul tu..
    sejuk tu..tenang aje..

    ReplyDelete
  4. kmvsblogger..
    tanah ye..penyabar..:)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..