*

Thursday, 10 February 2011

selamat harjadi buat ku..

Salam pagi khamis yang manis..
Sayu dan sebak..awal pagi sebelum subuh akak bangun tidor dan bersyukur.. Allah telah memanjangkan usia akak hingga ke 56 tahun. Tiada apa yang dapat akak katakan lagi..melainkan bersyukur banyak-banyak bahawa kehidupan akak selama 56 tahun ini..telah dapat akak tempuhi segala ranjau, onak dan durinya dengan kekuatan semangat dan keyakinan diri.
Di usia seperti akak ni..takde apa yang akak perlukan lagi. Sudah akak rasai semua keindahan dan kenikmatan yang Allah beri.. mengikut kemampuan akak. Dengan rezeki yang ada..cukuplah bagi akak untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini yang entah bila-bila akan kembali ke tempat asal.. air mata meniti nitik ni ..sedih.
Apa yang akak perlukan hanyalah perhatian dari permata hati akak..semuga mereka berbahagia dalam kehidupan mereka di dunia dan juga di akhirat..Amin. Memang benar apa yang di katakan orang..anak-anak adalah harta sebenar kita. Bila dah berusia..segala harta benda hanyalah permainan dimata saja..hakikat harta sebenar hanyalah di hati kita. ketenangan..kegembiraan..kecerian di samping anak dan cucu adalah harta sebenar dan sejauh mana  keikhlasan kita melakukan sesuatu perkara. Segala jasa bakti yang di tabur..tak semestinya di balas sekelip mata..ia memerlukan masa untuk kita merasainya.segala nikmat yang di rasa adalah hasil pengorbanan kita sebelumnya..banyak mana pun harta..kalau di salah guna..akan habis juga. anak-anak yang di jaga dan dididik dengan sempurna..akan menjadikan mereka lebih berguna dan berjasa..

Terharu akak dapat ucapan dari anak-anak dan kawan-kawan di alam maya. terimakasih banyak-banyak semoga kalian semua di limpahi rahmat..di murahkan rezeki..di permudahkan segala urusan..berjaya mendidik anak menjadi insan yang soleh..berbahagia bersama insan tersayang..Amin.










7 comments :

  1. Slmat hari ulangtahun dari saya ye....semoga dipanjangkan usia dgn kesihatan yg b aik dan bahagia selalu...:)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari jadi akak. Moga sentiasa berada di bwh lindungan dan kasih syg Allah SWT. Sayanggggg akak. hihi ..

    ReplyDelete
  3. Salam. Selamat Hari Lahir, semoga success in life... Bless you

    ReplyDelete
  4. selamat ulangtahun kak..semoga kebahagian dan kesejahteraan milik akk dunia akhirat..Amin.
    maaf lambat nak ucap..internet kadang on of..

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir akak.. semoga dpanjang kan usia dan hidup diberkati oleh nya..

    ReplyDelete
  6. happy birthday kak yon.. semoga dipanjangkan usia dan murah rezeki dan bertambah bahagia dgn family

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir kakyon..semoga pjg umur & murah rezeki..dah klik hb..

    Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..