*

Wednesday, 16 February 2011

Phuket part 1

Salam..
selamat bersiaran dan bertemu kembali..
sudah 2 hari balik ke rumah, baru hari ini berasa nak berblog semula. Masih mabuk laut agaknya.. sepanjang hari cuti maulud ni mengantuk dan kami tidur saja.

Nak mulakan cerita kami bercuti ke phuket. kami pergi tanpa mengikut mana-mana tour egensi. kami pergi sendiri dan membeli tiket di sini. Kebiasaannya semua percutian yang kami pergi melalui package Tabung Haji &Tour.  kali ini kami ingin mencuba sendiri..mencari pengalaman bagaimanan caranya menguruskan sendiri percutian kami.

Sampai di airport pihak hotel yangg kami tempah menjemput kami. Perjalanan dari airpot ke hotel mengambil masa selama 45 minit.Sampai hotel..selepas checkin kami berjalan kaki di kaki lima kedai, mencari-cari kedai makan makanan halal seperti yang di beritahu olih pemandu kami..
Cerita dalam gambar.. 

a. tempat penginapan kami

b. katil yang besar..boleh muat 4 org

c. salah satu tanda kedai makanan halal. tapi tak berselera nak makan. soal kebersihan satu hal..soal lain-lain satu hal..uweks

d. dah haus sangat..odelah teh ais aje...sangat sedap..tak pernah rasa teh sesedap ini kat Malaysia

e. sebelah petang..jumpa kawan kepada kawan papa ( tuan punya travel agen) Mr Dave Chang seorang rakyat Malaysia, berasal dari Johor yang dah menetap di sana selama 10 tahun.

f. Selepas bersembang Mr Dave bermurah hati menghantar kami ke Sebuah Shopping kompleks di tengah pekan phuket.

g. katanya di dalam shopping kompleks tu ada satu kedai makanan halal.Kami mencari kedai makanan halal tersebut tapi tak jumpa pun. Dalam ramai-ramai orang disitu..kami terjumpa sepasang suami isteri  muslim. Salam kami di balas..tapi sayangnya mereka tidak boleh berbahasa inggeris. bila kami kata " halal food " mereka menunjuk ketingkat bawah dengan bahasa isyarat. kat tingkat bawah ada satu gerai dalam food court yang menjual makanan tanda halal. tak lalu jugak nak makan. masakkannya sama macam yg tak halal..huhuhu. last-last masuk supermarket..beli roti putih dan buah-buahan banyak-banyak.

h. Inilah salah satu tanda kedai makanan halal. Bila malam terasa lapar sangat..bayangkan makan nasi masa dlm kapalterbang pkul 10 lebih camtu. Papa kata pergi kedai tu semula..nak tapau nasi goreng..mkn kat bilik, tak terasa loya sangat. Sampai kat sana kedai tu tutup pulak. Takde rezeki..hihihi. Dalam perjalanan balik ke hotel terserempak dengan 2 orang muslimah yg berlegar2 tepi jalan raya..cari apa ntah. Bila nampak mereka, akak terus bagi salam. selepas salam akak dijawab..terus akak tanya.." halal food " dia mengeleng2 kepala sambil mengoyang tangan tanda tidak..:no..no..no".Kami terus berjalan balik kehotel. belum sampai kehotel sebuah kereta pacuan 4 roda berhenti depan kami..mulanya terkejut jugak..tapi rupanya 2 orang wanita tadi meminta kami menaiki kenderaan mereka. kami memberi isyarat tidak mahu..kerana hotel kami dekat saja. Tapi rupanya mereka nak menghantar kami makan di kedai makanan halal..Alhamdhulillah..papa kata ada juga orang yang sudi menolong kita yang dalam kesusahan. Kami makan kuew tiaw udang sedap.

i. teh aisnya yang sangat sedap.






2 comments :

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..