*

Thursday, 17 February 2011

phuket part 2

Bersua kembali..
Hari ke dua..kami berjanji dengan Mr.Dave hendak mengikuti sesi lawatan anjurannya ke sebuah pulau yang di panggil "James Bond Island" ( sempena nama filem tersebut ) untuk satu kumpulan pelancong dari Hongkong. Bayaran tambang boat sebanyak angaran RM170 seorang. Pagi2 kami sarapan pagi di hotel dengan roti bakar dan tea-o panas. Jam 8.30 pagi kami menaiki kereta menuju ke jeti. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami melalui perkampungan yang bernama Aopo..yang majoriti penduduknya adalah muslim. Rasa lega sekejap, nampaklah banyak masjid-masjid di sepanjang jalan menuju kejeti. Sampai di jeti..kami di perkenalkan dengan pemandu pelancung seorang pemuda muslim bernama Zakaria.

Dalam boat yang boleh memuatkan 40 org penumpang..kami mendapat layanan istemewa sedikit..kerana krew kebanyakannya org muslim. mereka seronok melayan kami bersembang. Banyak yang akak tanya perihal penduduk muslim di situ, adat resam dan budayanya. Zakaria seronok bercerita semua perkara..sehingga kepada bab2 agama. Dikampungnya ada dua pahaman agama islam. Satu puak pahaman sunni dan satu lagi berpahaman syiah. (tetiba akak teringat Ustaz love yang telah menerangkan tentang pahaman syiah. nasib baik akak baca n3 blog ustaz..klau tidak, akak pun tak paham apa2 cerita si zakaria nie) Mengikut cerita zakaria..mereka bersolat dan solat jumaat dengan 2 imam..serentak di dalam masjid yang sama. Mereka hidup sekampung..tapi berpuak2. Bapa Zakaria seorang guru mengaji Alquran dan berpahaman sunni. Patutlah semasa Zakaria memperkenalkan dirinya pada kami dia ada menyebut "I'am sunni "

kami naik kenderaan ini untuk sampai ke satu jeti sebelum naik boat



Hidangan kueh muih diatas boat selepas sessi suai kenal sesama peserta. Air minuman sedia ada..kopi, tea panas dan sejuk, cabornate semua free. yang cap ??? kena bayar.

2 comments :

  1. tang makanan tu yg paling best tu.

    ReplyDelete
  2. kakcik..
    pasal makan..kakcik no 1 kan..;)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..