*

Sunday, 13 February 2011

percutian ke Phuket

Salam..
Sudah tiga hari kat Phuket. Pada akak takde specialnya kat sini..cam biasa2 aje. Yang specialnya..ialah cabaran untuk mencari makanan halal. Selama  3 hari kat sini..baru semalam akak merasa yakin dengan makanan yang akak makan, sebab semalam sehari suntuk kami berada di atas boat..makanan yang di masak pun olih makcik muslim..tour guide kami pun seorang muslim. Bayangkan dalam boat itu  hanya kami berdua saja yg muslim. Cukuplah kalau kami katakan hari-hari kami hanya makan roti putih yg kami beli di supermaket. Kalau orang yg tidak cerewet pasal makan, boleh aje makan kat restoran yg tertera tulisan assallamualaikum..yg dikatakan menjual makanan halal..dan pada pendapat akak tak semestinya halal..huhuhu..walau pun mereka mendakwa halal.
tak sabar nak balik esok..dah lapar sangat...
cukuplah..curi2 masa kat cc hotel bukak blog. balik nanati akak update pengalaman percutian akak ke phuket.akak belasah aje taip ni..
petang nanti jam 3.45 ptg nak pergi trip naik cruz melihat matahari terbenam. kalau ada rezeki dapatlah  jumpa Mahathir Lokman seperti yg di war2kan olih ajen tour kami..
salam jumpa lagi..

3 comments :

  1. kak yon,

    bila dah tak rasa was-was, barulah berselera nak makan. Mesti tak sama dengan masakan di sini. kan ?

    ReplyDelete
  2. azrina..
    agak susah nak hilangkan rasa was-was tu..:(
    di tmpat sendiri lebih baik..:)

    ReplyDelete
  3. saya hormati cara Puan berjalan. tetapi pada saya, sekiranya makanan terlalu menjadi masalah di dalam percutian, adalah lebih baik elakkan diri dari berjalan ke tempat percutian yg kurang makanan halalnya. bukan apa, bila perot dah lapar, mood berjalan pun akan terganggu. jadi ia adalah factor yg membuatkan percutian kita tidak best.

    berjalan2 di negara2 arab pula, terlalu byk makanan halal dan tanpa was2 utk kita mkn. tetapi terlalu byk pula cara dan perlakuan yang tidak halal dilakukan oleh mereka di depan pelancong...

    jadi, pilihlah destinasi yg terbaik utk dilawati...

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..