*

Thursday, 10 February 2011

hadiah lagi..

Salam..
Walau pun masih berpantang..sempat juga Sham n Illa meluangkan masa mencari hadiah buat mamanya..
"Tak yah susah-susah Sham Illa"..depa kata "tak susah pun mama oii..kami dok oder kat internet aja..hihih". "Cantik sungguh naa..bunga coklat hang bagi kat mama..memang mama suuka sangat"! Hangpa nak tau..apak hangpa pun tak pernah bagi bunga kat mama tau dak..heheh.


Bila papa nampak aje bunga tu dia terus kata..haah laa..I tak pernah bagi you bunga ekk!
ek eh!..sejak bila pulak papa ni pandai ber I ber U..hihihi


Yang ini hadiah..Anas n Nora..
Mama memang suka haruman  dari  Bodyshop. Banyak dah mengumpul botolnya yg comel. :)
Meriahnya hari jadi mama tahun ini.Terimakasih Sham Illa Anas nora dan cucu-cucu ku yang lucu tu..mama wan saayang semua..muuuahhh..

Mama sayang semua..dah banyak hadiah mama terima setiap tahun .Takpayahlah susah-susah lagi..cukuplah dengan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk mama di dunia dan akhirat..dan semuga kalian semua menjadi akan-anak yang soleh dan solehah dan bertangung jawab terhadap keluarga memasing dan laksanakan tanggungjawab dan  urusan harian kalian kerana Allah. InsyaAllah..Allah akan sentiasa bersama hambanya yang patuh dan taat kepada perintahNya..dengan itu Allah akan memudahkan segala urusan kita.InsyaAllah...Amin.





No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..