*

Monday, 3 January 2011

Terkenang

Salam dan selamat sejahtera..
Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2011. Masa inilah terkenang..semasa anak masih di alam persekolahan. Minggu terakhir nak bukak sekolah, mulalah sibuk menguruskan keperluan anak-anak kesekolah. Biasanya akak  yang menguruskanya..dari segi membeli pakaian, ..sampailah membalut buku-buku mereka...semua akak yang uruskan. Bila sesi persekolahan bermula...barulah papa yang uruskan..menunggu anak di sekolah , hinggalah anak dah selesa ditinggalkan sendiri di sekolah. Alhamdhulillah..anak-anak akak jenis yang berdikari...tak pernah menangis..

Rasa sekejap aje masa berlalu…Sekarang nie..mesti anak- anak akak pulak yang sibuk menguruskan anak memasing kesekolah. Anas dan Nora mesti sibuk menguruskan  Dhani yang naik tahun dua. Sham pulak paling sibuk..kesian dia! nak uruskan 2 orang anak yang masuk tadika serentak, mereka berbeza umur setahun saja..pastu Illa pulak nak bersalin..bertambah lagi cucu akak..Alhamdhulillah..

Mengenang zaman anak-anak akak sekolah dulu..semua kemudahan ada. Masa sekolah rendah dan menengah dapat buku pinjaman. Aktiviti sekolah yang memerlukan kewangan pun tak banyak.Masuk universiti dapat biasiswa JPA dan PTPTN. Pendek kata ibubapa tidaklah sampai bergolok gadai nak masukan anak ke universiti. Zaman ini..zaman yang memerlukan semua ibu bapa memberi perhatian serius terhadap pembelajaran anak-anak untuk memastikan anak2 dapat belajar dengan sempurna..

Perhatian harus di berikan dari soal kewangan. Simpanan harus di buat dari mula anak bersekolah. Contoh..ambillah insuran untuk anak-anak semasa mereka masih kecil kerana bayaran masih murah. Bila mereka besar nanti..boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran mereka. Buatkan tabungan dengan membuka  buku akaun untuk mereka. Paling mudah buka akaun simpanan Tabung Haji. Segala duit rayake..duit apa-ape yang mereka dapat simpan terus dalam akaun. Lagipun pulangan dividennya tinggi dan telah di bayarkan zakatnya. Akan datang kita tak pasti..masih adakah biasiswa atau PTPTN.

Membebel panjang pulak nenek nie. Biasalah nenek kan. Selalunya nenek nie pesan nasihat macam-macam..tapi nenek ada buatke? zaman dulu dan zaman sekarang kan lain. Masa muda dulu  kita tak nampak..masa depan kita. Bila dah tua..baru nampak zaman muda kita dulu..yang banyak melakukan kesilapan. Jadi kita tak mahulah..orang muda melakukan kesilapan yang sama..

2 comments :

  1. sokong2
    perancangan masa depan anak2 perlu dibuat seawal anak masuk sekolah

    ReplyDelete
  2. terimakasih tehr
    alangkah eloknya kalau semua org kita merancang pendidikan anak2 mereka..tiadalah masaalah,anak2 yang tercicir..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..