*

Saturday, 1 January 2011

santai sabtu dengan petua nenek

Bersantai-santai pada hari sabtu...
Hari sabtu ini akak takde dirmh. kemana lagi..kalau tak ke majlis kenduri orang kawin ada dua rumah. Sebelah petang pulak..Ateh ajak ke rumah dia..ada buat makan-makan..majlis kecilan aje. Wah! ada peluang nenek nak bersweemening pool..sebutan cucu nenek tu..hehehe..
Dah terlanjur bukak cik lappy ni..buatlah sheduled n3. Jom layan petua-petua dari pangkin nenek ye...

Hapuskan bau pedas..
Bagi anda yang suka memasak, bau pedas dan getir seringkali dapat anda rasakan apabila mengoreng cili.
masaalah ini adakala menyebabkan mata rasa pedih dan bersin. Untuk menghilangkannya, setiap kali menggoreng, cuba masukan gula pasir didalam minyak panas.

Lilin tidak cepat cair..
Lilin amat diperlukan terutama ketika bekalan electrik terputus tiba-tiba. Masaalahnya, lilin  cepat cair apabila dinyalakan. Namun, ada cara mudah supaya lilin tidak cepat cair.Caranya..tabur garam pada sekeliling lilin yang sedang menyala. Insya-Allah lilin berkenaan dapat bertahan lebih lama..
salam dan jumpa lagi

4 comments :

  1. santai di akhir pekan adalah kenikmatan yang luar biasa..

    ReplyDelete
  2. eh, tabur garam je
    mudahnya petua
    thanks

    ReplyDelete
  3. gue suka bau pedas..
    heheheee

    ReplyDelete
  4. @ rahmat..terimakasih singgah sini ye..

    @tehr..terimakasih..kongsi petua juga..

    @ mie..heheh..sakit hidunglah mie..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..