*

Saturday, 22 January 2011

ketua yang gagap

Salam..
Hari ini akak rasa geli hati sangat...hati bagai digelitik dengan bulu itik..memang geli sangat.Sampai kemalam akak senyum sorang-sorang. Pendek kata laa..kesian sipanjang tak pernah kata..hehe..muka akak ni berseri-seri laa..sepanjang hari ini..

Kisahnya..akak pergi kerumah kawan lama yang dah lama sangat tak jumpa. Sesi jumpa kawan- kawan lama  memang seronok..tak habis cerita nak diceritakan. Maklum cerita dah lama tertanggohkan.Kalau 10  tahun tak jumpa..maknanya 10 tahun punya cerita nak di ceritakan..berapa lama daa..hahahah..

Di pendekkan cerita..cucu kawan akak ni..umur dlm 5-6 tahun camtu laa..sangat peramah orangnya. Kami berborak ..dia pun nak berborak sekali. Asik dia saja yang nak bercakap dan menyampuk..walaupun bijik butir percakapannya tak berapa jelas dan tersekat-sekat..tapi dia tetap tak berhenti bercakap. Atok nenek marah pun dia buat derk aje.

Akak pun terfikir.. agaknya dia ni nak perhatian dari akak kut. akak pun borak-borak la dengan dia. macam2 akak tanya..tanya soklan budak tadika laa..seronok dia bercerita kisah dia kat sekolah..bla..bla..bla.

Last2 akak tanya dia..dah besar nanti nak jadi apa?


errrrr...errrr... dah beca..beca..anti ..ita..ita nak jadi etua...adi..adi..imam! sambil tunjuk-tunjuk ibu jari kedadanya..
Elehh!!..cakap pun gagap..nak jadi ketua..ketua hapa!! esok-esok kalau orang suruh kau berucap..kau tergagap-gagap..jenoh pulak orang menunggu apa perkataan yang nak kau cakapkan. Cukuplah ada seorang aje pemimpin yang cakap tergagap-gagap..jerkah atok dia..kah..kah..kah.

Kami ketawa terbahak-bahak geli hati sangat. Kesimpulannya..nak jadi pemimpin ni kenalah perfact dari semua sudut..kalaupun tidak seratus peratus, yang penting setiap patah perkataan yang di ucapkan..kena lah di susun semanis mungkin..secantik mungkin dan sedap di dengar tanpa menyinggung mana-mana pihak. Bukan asal cakap aje.. dan tergagap-gagap pulak tu..

8 comments :

  1. Catu ari ati eta meti adi etua..atok angan elak2...(satu hari nanti eta mesti jadi ketua atuk jagna gelak2)hehehe

    ReplyDelete
  2. ida..
    hehehe..suka melayan budak2 cakap pelat2..

    ReplyDelete
  3. same cam Peja... suke gak melayan budak2 nak2 yang jenis xreti nak stop cakap...

    ReplyDelete
  4. Faizal..
    dulu2..akak bercakap dgn anak2 tak pelat..
    tapi..bila kena tang cucu2..akak cakap lebih pelat dari dierang.kekadang dierang pun tak paham apa yg akak cakap..hahahha

    ReplyDelete
  5. Nampaknya orang gagap tak de peluang nak jadi ketua la...kesian...... rasanya, semua kekurangan tu bukan mereka minta. kuasa Allah.

    ReplyDelete
  6. arizakiah..
    tulaa pasal..org kita suka mengklasskan org.semua org nakkan kesempurnaan..tapi iti semua kuasa Allah..

    ReplyDelete
  7. sori la, nak citer skit...
    Peja seorang usahawan CNI... tapi level2 rendah jela...
    ade sorang jutawan CNI, dahla tak pandai membaca, xpandai menulis, pun bleh jadi leader...

    ReplyDelete
  8. mase kecik gagap...bile dah besar sape tau bleh jd leader ^^

    recent post : |suke ke word verification???|

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..