*

Thursday, 6 January 2011

jom bagi pendapat..

Akak nak tanya pendapat korang nie!

Pagi tadi..suami akak dapat call dari kawan/pengurus kilang tempat kami ambil kontrak. Dia  suruh suami akak carikan sebuah kereta untuk di sewa. Big Boss baru dia nak datang dari Jepun.  Biasalah orang Jepun ni kan..tak nak guna kereta lain melainkan kereta buatan negara mereka sendiri. Dia nak sewa sebulan saja..sementara menunggu kereta company ada kosong. buat masa ni ramai bos besar dari jepun datang..so ketidak cukupan kereta company berlaku. Puas jugak suami akak menalipon sana sini..mencari kereta sewa..tapi jawapan semuanya tidak memuaskan..huhu



Tetiba terlintas pulak di hati akak..kenapa tidak akak saja yang menyewakan kereta kepunyan akak? tidak laa payah suami akak nak bersusah payah. Lagipun kereta akak tu bukannya bergerak sangat. Lebih banyak berhenti dari bergerak..heheh. Minyak isi penuh tangki pun tak habis sebulan. Dah bertahun beli..maileg masih rendah. Akak bukan nak kemana pun, cuma jalan dekat-dekat aje. Kalau nak kemana-mana pun dengan suami akak, kekadang dengan anak. Lagipun bayaran sewanya lumayan. boleh akak buat menabung..hihihi

Suami akak terkejut berok dengan tawaran akak. Dia memang sedia maklum, yang akak ni jenis yang sayangkan barang-barang yang menjadi hak milik akak..senang cakap sayangkan harta sendiri ler..heheh. Tapi entah kenapa hati akak ni..dah jadi tak kisah dengan semua itu. Niatnya nak tolong suami akak..supaya dia tak payah  nak menyusah-susahkan diri mencari kereta untuk di sewa, sbb akak tahu suami akak ni jenis yang kalau dia tak dapat tolong kawan/pengurus tu..dia akan rasa tak sedap hati. Sedaya upaya dia nak tolong jugak. Nak jaga hati..tempat cari makan tu wei!..hehehe.

Esok nak pergi bersihkan kereta..pastu nak hantar ke kilang..2nd Boss nak tengok dulu..
Apa pendapat korang dengan tindakan akak nii..?

12 comments :

  1. Aslmkm kak..satu tindakan yg bijak dan dah dapat menolong suami..isteri yang baik..:-) x perlu suami akak pening kepala cari kereta sewa.tapi akak kena ada syarat juga macam keta sewa dan pastikan ape2 berlaku atas tanggungjawab diarang.dan akk kena catat tarikh pinjam.sebagai langkah berhati-hati.:-)

    ReplyDelete
  2. OK la tu kanda. tpi kanda buat agreement awal2 tau.

    Alahai .. tetiba je teringatkan 'dating' kat rmh kanda aritu. Yg kanda masak soto tu .. Tersenyum sorang2 la kanda. Hihi ..

    ReplyDelete
  3. W'slm ummi..
    terimakasih beri cadangan.betul juga ye..kena ambik kira semua tu.insyaAllah..nnti akak ingatkan suami akak pasal benda ni..:)

    ReplyDelete
  4. kakchik..
    eleh..soto tak sedap mana pun..hihihi

    nanti nak ajak kakchik..abang chik ngan aiman sekali dating..bleh?

    ReplyDelete
  5. Salam
    daya sokong tindakan akak tu
    tak pening kepala suami akak dah

    ReplyDelete
  6. w'slm..
    Yelah Dia daYa.dulu akak ni jenis berkira jugak ngan suami...hihih
    maklum, masa tu muda lagi..untuk protect diri sendiri sebenarnya.
    Skrg dah tak kisah dah..

    ReplyDelete
  7. ok je kak..tak salah..menyenangkan suami akak pon ye..

    Tolong saya boleh? :Jom vote saya..^_*

    ReplyDelete
  8. cikpuanhady..
    haah..betul tu..
    dah vote dah..

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Ustaz Love rasa, better carikan kereta sewa yg lain.. bukannya apa, takut2 nnt jd apa2 kat kereta tu, nnt hubungan akak dgn abg gak yg terjejas...

    Sbb Ustaz Love dgr cerita member yg org Jepun ni jenis tak pandai nak jaga harta orang.. tak pasti plak sejauh mana kebenaran cerita tu..

    Kalau akak dgn abg sanggup tanggung risiko tu, takde masalah..

    ReplyDelete
  10. w'slm ustaz..
    terimakasih atas nasihat ustaz.akak tengah2 pk nii..
    yang buat akak rasa nak setuju..sbb yang memandu bukan jepun tu..tapi drivernya. Driver tu pulak kenalan suami akak. nak guna setakat pergi dan balik offic saja.
    InsyAllah..company tu buat surat prjanjian. mintaklah pada Allah..takde apa2 yang tak elok berlaku..Amin.

    ReplyDelete
  11. owh.. kalu mcm tu takde masalah la.. ingatkan bagi Jepun tu sebulan pakai terus..

    apapun, jangan lupa istikharah.. ;)

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah ustaz..:)

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..