*

Monday, 10 January 2011

jimat cermat

Salam..

Bila kita  berhajat atau ada niat nak melakukan sesuatu yang baik..selalunya perkara itu akan datang dengan sendirinya..
Papa kerapkali merunggut..van-van pekerjanya sudah banyak kali buat hal. Biasalah bila kenderaan dah menjadi warga emas ( sama lak macam tuannya ) mulalah segala urat saraf..tulang sendi ..longgar sana sini. Kesian pemandu van tu..banyak habiskan masa diaorg..untuk menghantar van-van keworkshop. Kos maintenence pula dah jadi tinggi. Papa bercadang nak  ganti kan dengan van yang baru. Bukan baru betul..tapi baru yang secondhand. Belum mampu nak beli yang baru. Interest tinggi. Sebenarnya kami memang ada van spare untuk kegunaan keluarga..

Baru beberapa hari papa buka mulut kata nak jual van-van tersebut, alhamdhulillah ramai pulak orang berkenan dan kedua2nya sudah di booked. Sebenarnya van-van tersebut..hanya lah van spare..jika ada van lain yg bermasaalah..van itulah buat cover van yang lain. Dari dua bijik van buat spare..sekarang nak jadikan satu saja. Jimat kos..roadtax, insurance..dan segala macam hal lah. Sekarang ni..papa pun sudah pandai berjimat cermat..hihihi..

Hari ini kami pergilah terjah kesatu premis kereta terpakai. Banyak van-van terpakai ada di sana. Pilih saja mana yang berkenan. Selepas sesi tawar menawar..kami pun bersetuju untuk membeli. Alhamdhulillah..dipermudahkan Allah.. segala urusan kita untuk hari ini... Amin

6 comments :

  1. yg lama pun tak sempat naik dah tukar yg baru. hihi ..

    ReplyDelete
  2. salam kak yon...

    alhamdulilah kak allah permudahkan urusan....ina pun dlm hati duk teringin kancil sebiji byr roadtax pun mrh yg second hand le...seng nak htr anak pi sek...mulut dah buka rezeki nak mai je ada rezeki ada lah kalau x dak pun tak le kecewa...kan kak yg penting beruseha..

    ReplyDelete
  3. kakchik..
    beli van pun bukan kita yg naik..bawak pekerja kilang.diaorglah sumber rezeki kita..bagi diaorg duduk selesa sikit..penat balik kerjakan..hehe

    ReplyDelete
  4. lina..
    betultu..kita usaha dan berdoa..insyaAllah.ada rezeki utk kita.
    beli van cari makan lina..hehe

    ReplyDelete
  5. kakyon, dalam bisness memang kena berjimat cermat nak jaga kos pastu untuk make sure kita dapat sustain bila financial menurun, almaklum biss nie..ada masa turun, ada masa naik. kalau van dah selalu rosak mendatangkan masalah juga pada kita and customer..so bila tukar baru dapat jugak jimatkan kos membaiki dan masa pekerja kita :-)

    ReplyDelete
  6. Salmi..
    betul tu sal..kena berkorban sikit keluarkan modal untuk mengelakkan masaalah dan kos yang tak dijangkan nnti.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..