*

Sunday, 2 January 2011

Azam 2011

Ini sticky entry sehingga june 2011..untuk diri akak sendiri..nak menyahut cabaran untuk tidak membelibelah selama setahun ( lama sangat ) cuba dulu 6 bulan..kalau berjaya tambah lagi 6 bulan. Azam Tahun baru 2011

Salam pagi minggu..
Pagi ini..sambil melayan berita TV1..keluar berita ..mengatakan " seorang wanita telah menamatkan cabarannya dengan tidak membeli belah selama setahun ".
Wah!! cabarannya nampak simple..tapi perlukan kekuatan dalaman untuk melaksanakannya.

Apa kata kalau kita jadikan Bethan Brunell ini sebagai contoh, untuk Azam tahun baru 2011 ini !!!




Setahun pantang beli-belah

PONTYPOOL - Seorang ibu berusia 34 tahun di Britain, Bethan Brunell berjaya menamatkan cabaran tidak membeli-belah selama setahun, kelmarin.
Selama tempoh itu, Brunell tidak membeli pakaian, menjalani rawatan kecantikan atau membeli barangan harga runtuh.
Dia, sebaliknya, meminjam pakaian daripada rakan-rakan di samping membuat sendiri dekorasi dan hadiah Krismas untuk suaminya, Steve, 42, serta anak perempuan mereka, Megan.
Wanita itu yang merupakan seorang bekas perunding pekerjaan di sini, Welsh, berkata, dia dapat menjimatkan lebih £1,000 (RM4,817) sepanjang tempoh tersebut selain berat badannya turun sebanyak 19 kilogram.
"Saya melakukan cabaran ini semata-mata kerana ingin bereksperimen.
Walaupun tidak gembira melakukannya, ia dapat mendidik saya supaya kurang bersifat materialistik," katanya.
Menurutnya, dalam tempoh itu, dia cuma membeli beberapa keperluan asas iaitu makanan, petrol, barangan kelengkapan dandanan diri dan tidak terkecuali, seluar dalam tetapi bukan jenama mewah. - Agensi




p/s Betul.......tersiksa idup dorang klu tak dpt pegi gedung-gedung pakaian & supermarket !


Ini akak copypaste tau...berita sebenar ada di sini ...

24 comments :

  1. kalo dah kaki sopink kt kedai runcit pun boleh mmborong, kak. hihi ..

    ReplyDelete
  2. insyaallah..akak ku cobak..hihhi
    tu yg cuba 6 bulan..

    ReplyDelete
  3. semenjak anak masuk IPT i dah lama buat macamtu....
    Cuma...takdela sampai pinjam baju..
    Beli yang wajib je .....

    ReplyDelete
  4. Arizakiah,
    akak pun..sejak anak dah bekerja..jarang keluar bershopping.takde org teman.tapi kalau dah keluar..tak bleh tahan dah.jadi nak kurangkan keluar ke shopping kompleks.
    sampai nak pinjam baju tu takdelah. pakai mana yang sedia ada aje.lainlah hari raya..wajib tukar..hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    insyaAllah.. semoga kakyon berjaya...

    Ustaz Love pun punya azam yg sama.. bagi lelaki, mungkin mudah sket berbanding wanita.. hehe :D

    ReplyDelete
  6. w'slm..
    ustaz doakan akak ye..
    dah berumur nie..insyaAllah boleh tahan lagi godaan bershopping kut..hehe

    ReplyDelete
  7. harap2 berjaya tahan untuk 6 bulan tu
    tapi kalau lelaki memang boleh
    hehehe

    ReplyDelete
  8. tehr..
    harap2..harapan akak jadi kenyataan..:)

    ReplyDelete
  9. salam..
    kunjungan balas..
    kalau saya macam x mampu jer nak bertahan..hihihi..

    jom join my contest:
    http://arvanees.blogspot.com/2011/01/we-love-jeans-contest.html

    ReplyDelete
  10. erkk boleh ke ek? adesss....kalolah gee boleh buat mcm tu...dh lama...mokcik kayooo...heheehe
    takpe2..cuba jgn tak cuba kak...chaiyok2...

    ReplyDelete
  11. denna..
    kena tahan cobaan..macam cerita pendekar bujang lapok..hihih..

    ReplyDelete
  12. hai gee..
    dulu mokcik pun cengitu...tu yg tak kayo2. baru nak berjimat lah nie eah.nak tahu camno raso jadi oranga kayo..hehehe :D

    ReplyDelete
  13. hihihi..sama jer azam kita kakyon..tapi tak nak shopping pinggan mangkuk or accessori rumah sbb nak save for traveling pulak kali nie :-)

    ReplyDelete
  14. tahniah sal!..berazam ke arah itu.Tak kiralah azam apapun..asal kita dapat tunaikan..dah cukup puas.satu kejayaan tu..:)

    ReplyDelete
  15. Salam
    nak wat azam macam kak jugak laaa
    nak simpan duit

    ReplyDelete
  16. w'slm Dia daYa..
    masa mudalaa..berusaha simpan duit.
    dah tua nnti..dptlah keselesaan hidup..:)

    ReplyDelete
  17. hihihi..tak dptla saya nak berazam tak shopping dlm setahun..

    Tolong saya boleh? :Jom vote saya..^_*

    ReplyDelete
  18. cikpuanhady..
    nak cabar diri sendiri nie..:D
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  19. fuyoo kak.. semoga berjaya ..

    ReplyDelete
  20. bagus gak azam ni kan...rasanya lain dari yg lain...nak cubalah...mula2 sebulan, 2,3,4 dan tguk smpai mana...

    ReplyDelete
  21. ida..
    akak letak taget 6 bulan.sebulan belum pun habis.nak tengok sampai mana boleh bertahan..ngee..ngee..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..