*

Saturday, 27 February 2010

tomyam ayam dan telor dadar gulong

No comments :
Oya kata..ibu kalau masak tomyam, mesti goreng telor dadar tau..baru ngam.Macam makan kat luar..bila makan tomyam, kan oder sekali telor bungkus..baru sedap makan...
Tapi.. ibu tak pandai masak telor bungkus.Goreng telor dadar gulong boleh? heheh..

sup telor

1 comment :
Menu sup telor ni..kita masak beberapa hari lepas.Dek kerana tenet di kawasan rumah kita bermasaalah..tak dapatlah kita nak mengn3 masa tu jugak.Barulah malam ni berkesempatan..apa2 pun layan ajelah sup telor ni yea..mana tau kut2 esok lusa ada juga kawan2 yang teringin nak makan.maklum cuaca panas2 ni..berselera sikit kalau makan ada sup..

Monday, 22 February 2010

Sup Bebola Ikan

No comments :
Menu semalam dan hari ini..sup bebola ikan...
Musim panas ni..kurang selera makan.Nak bagi naik selera..kena makan masakan yang berkuah..seperti masak pindang,jangan bening ( inna kalau baca..jangan gelak ye...heheh)asam rebus,masak supke..apa lagi ekk? Kalau jangan bening kang..a'kak sorangg yg makannn..diaorang semua tak makan.Paling senang masak sup.

Jom kita masak sup bebola ikan..
1 pkt bebola ikan..dlm 20 pcs
2 ulas bawang putih
1/2 inc halia muda
sedikit lobak merah ( lepas diparut/sagat angaran sesudu besar )
beberapa bijik lada hitam
sepokok daun bawang

Semua bahan di tumbuk lumat.Lobak merah di parut/sagat.Daun bawang di potong kecil2.
Tumis bahan yang di tumbuk dan lobak merah sampai wangi.Masukan air secukupnya..biar mengelegak baru masukan bebola ikan.Masuk garam secukup rasa dan daun bawang.

~ sup hari ini..bebola ikan yg kaler kuning ~


~ menu semalam..sup bebola ikan yang kaler putih ~

Sunday, 21 February 2010

Nasi Ambeng/Ambang

1 comment :
Teringatkan nasi ambeng/ambang aton kat blog dia..selera ni meruap-ruap nak makan jugak..heheheh..

Pagi ni pergi ke pasar pagi/pasar tani di kg melayu subang.kat situ ada jual nasi ambeng/ambang.Ada banyak pilihan lauk pauknya.Boleh pilih..samada nak lauk ayam,tempe,sambal kerang dan macam-macam lagi ada..promot sikit pruduk orang jawa..heheheh.. Harga cuma RM5..boleh makan dua orang.

Teringat memula beli dulu..waktu baru pindah rumah.Kali pertama pergi kepasar tani tu..ternampak nasi ambeng/ambang...macam orang j**** kita menjerit kecil..ehhh! ada nasi ambang!!
adik/anak yang menjual tu terkejut..semua orang memandang ke kita..Terus adik/anak tu jawab..nasik ambeng laa kak! bukan nasi ambang!

yerker ? orang kampung akak panggil nasik ambang ~~ malunya....
sebab dah malukan..terus oder 4 bungkus.sbb ada 4 orang kat rumah ni..sekali bawak balik..nah kau! ambik!..boleh makan 10 orang!!

Saturday, 20 February 2010

wadeh n kasturi dan bubur chandel

2 comments :
Menu minum petang ni..wadeh dan kasturi.Bukan buat sendiri..tapi beli kat giant, simpan kat petiais,bila rasa nak makan baru goreng..


Bubur chandel/bubur tepung pulut ni makan beberapa hari lepas kat restoran azira.Sedap dan suka sangat..tapi rumit nak buat..

Friday, 19 February 2010

Pemberian orang tersayang..

4 comments :
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua..

Semuga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan..

Takde cerita menarik yang nak di kongsi utk buat n3.Aktiviti sama saja seperti hari/minggu yang lepas.Saja-sajalah ni nak mengisi sedikit masa yang terluang.Kita tepek lah gambo ni yang baru kita tangkap.Bukan niat nak menunjuk..na'uzubillah..blog kita ni kan dah macam dairy kita..adeke dairy boleh bagi org baca..heheheh.ape-ape ajelah..

~ Oya ni macam biasa..on time aje ..tak mis pun ~
~ silverpink...sweet nya ~

~ hadiah dari teman lama ~

~ Ai..pinggan lagi..kali ni kena simpan di tempat yg lebih selamat..takut terjual macam tahun lepas punya.Sib baik orang yang beli tu jual balik..dapatlah kita balik hadiah dari Ai semula ~

~ hadiah dari orang tersayang..heheh..si poh kong ~

~ hadiah dari anas/nora ~

~ hadiah dari illa/sham ~

ayam masak lemak

No comments :
Menu malam ni..ayam masak lemak cili api..resepi campak-campak aje ni..

Sunday, 14 February 2010

siakap lagi..

No comments :
Masak ikan siakap ala-ala tomyam..

Friday, 12 February 2010

angpow

No comments :
Salam pagi jumaat yang penuh rahmat..
Bukan tajuk n3 ni yang nak di hailaitkan.Cuma nak kongsi kegembiraan seorang ibu..bila anak boleh berkongsi sama apa yang dia dapat.Setiap tahun baru cina..kita dan papa selalu dapat angpau.Bukan dapat dari kawan-kawan bangsa cina..tapi dari Oya.Berapa nilainya tak penting..yang penting..keikhlasanya berkongsi bersama kedua ibubapanya.Terimakasih Oya.Ibu dan papa bersyukur sangat..

Thursday, 11 February 2010

sup cendayam dan ayam goreng

No comments :
Nama sup cendayam ni..oya yang bagi..cendawan campur ayam..

lelaki..

No comments :
Malam tadi papa ajak makan di luar.Kami berdua saja yang pergi.Anak-anak sibuk dengan urusan keluarga memasing..maklum hari bekerja dan cucu-cucu pun sekolah.Makan kat tempat yang biasa kami pergi saja.Sementara menunggu makanan yang di pesan sampai..kami sempat memerhati gelagat orang yang singgah makan di situ.Kami terpandang sepasang kekasih/suami isteri yang masih muda duduk betul2 di hadapan kami.Pasangan ini duduk berhadapan satu sama lain.Siwanitanya menutup muka dan tunduk saja..seolah-olah malu-malu gitu.Silelaki pulak memandang tepat ke muka wanita itu tak berkelip/beralih pandangan.Sekali pandang seolah-olah..romantisnya pasangan ini...
Kami berbisik2/mengumpat..heheheh..pasangan ini dan malas nak pandang pun.Tapi bila pandang sekali lagi..rupanya siwanita itu menangis.Silelaki buat derk aje.Air yang di pesan pun tak di minum.Agak lama juga.kami pun tak beralih pandang ( bz bodi..heheheh ) nak melihat apa seterusnya yang akan berlaku.
Tetiba..si wanita terus bangun..tanpa menghiraukan si lelaki..macam nak melarikan diri merajuk aje.Dia terus pergi kekereta dan terus memandu keluar dari kawasan itu.Tinggallah silelaki tu terkebil-kebil dengan muka yang merah padam..marahlah tu atau malu..heheh.Kami agak mereka datang dengan kereta memasing.Rupanya si lelaki balik berjalan kaki saja sambil bercakap di telepon.Hai lelaki..jadike macamtu..dahlah menumpang kereta orang..buat orang marah pulak tu..kan dah kena tinggal..hehehe

selamat hari jadi buatku...

2 comments :



Salam dan selamat malam..
Alhamdhulillah.. hari ini usia kita telah mencecah ke angka 55.Alhamdhulillah.. kita di izinkan Allah dapat menikmati kehidupan,limpahan rezeki,suami dan anak-anak yang mengasihi,sanak saudara,rakan, jiran,teman dan sahabat yang menyenangkan.Ya Allah..sesunggohnya  aku amat mensyukuri di atas limpah kurniamu terhadap ku..di dunia yang sementara ini.Ya Allah Kau terimalah juga aku..dan limpahkanlah kurniamu kepada ku bila aku berada di dunia kekal abadi nanti...Aminnn.

Sebak sungguh hari ini..kalau tahun-tahun sebelumnya..masih ada sedikit kegembiraan di hati saat menyambut hari jadi.tapi tahun ini macam takada apa-apa perasaan.Sekarang kita telah masuk ke fasa usia bonus.Apa pengisiannya di usia bonus ni ye? Aktiviti berjalan seperti biasa.Mungkin nak menambahkan lagi masa mengikuti pengajian di masjid-masjid..insya-Allah...

Apa hadiah yang kita dapat? Selain ucapan/hadiah hari lahir dari suami,anak-anak dan kawan-kawan..kita pun memberi hadiah kepada diri sendiri.Tahun ini kita menghadiahkan diri kita satu perjalanan..mengerjakan umrah pada 29 april 2010 bersama suami tersayang..Insya-Allah..semuga Allah memperkenankan..Aminnn

Sunday, 7 February 2010

kueh kacau labu

No comments :
Petang semalam berhajat nak buat pengat labu..tapi tak kesampaian.
Kisahnya..lepas bersihkan labu dan jerang atas dapor..kita pun pergilah buang sampah.Bila dah menghala kedepan rumah tu..mulalah nak buat benda lain pulak..siram pokok..sapu sampah..cabut2 rumput..terlupa periuk kat atas dapur tu.bila sedar labu tu pun dah hancur lodoh..hehehh
Nak buat apa ekk dengan labu yg dah hancur lodoh ni? nak buang sayang.Tetiba teringat kat sesuatu..heheh.. Terus telipon ucu lin..uculin kata..ala senang aje resepinya..
- semangkok labu
- semangkok santan
- semangok telor
- semangkok gula..yg ni kalau nak tahan lama..dan keras.
kalau setakat nak makan untuk 2-3 hari..kurangkan gula tu ikut kitalah..
pesan ucu lin lagi..masak pakai api perlahan aje..dan nak kena sabar ye..memang kena sabar sampai berjam2 baru masak..

Saturday, 6 February 2010

siakap masam manis berempah

No comments :


Menu tengahari ini..siakap 3 rasa..

1 ekor siakap sederhana besar
bersihkan, dikelar serong2 dan di goreng agak gareng

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halua
3 biji cili merah
semua bahan di blender

3 sudu makan cili sos
3 sudumakan tomato sos
2 sudu makan serbuk kari
1 biji buah tomato potong kecil
1 labu bawang besar potong bulat
satu batang serai di titik
semangkok kecil ( ikut suka )campuran jagung,keret,peas dan kuib nenas(nenas tak taruk)
sedikit daun sup( tak taruk)
gula dan garam secukup rasa

Tumis bahan yang di bled dan sampai gareng..masukan serai,rempah..sos tomato,sos cili dan tomato yg di potong kecil.Kacau sampai masak.Masukan air..agak2 cukup..masukan garam,gula biar sekejap..pastu masukan bahan campuran..kacau dan masukan bawang potong bulat.masak sampai pekat..angkat dan tuang atas ikan.taburkan daun sop.siap utk di makan

spageti udang

No comments :
Sarapan pagi semalam..spegeti udang.Panaskan Kuah spegeti cendawan kimbal,tambah sedikit air..taruh udang..dan sedikit garam dan gula.

Thursday, 4 February 2010

gubahan mas kawin

No comments :
Salam..
Projek menjahit sarung kusyen tak siap lagi..datang projek baru pulak.Nak buat gubahan duit mas kawin.Tengoklah nanti jadi apa dengan duit-duit ni.. yang bernilai RM300..


Konon nak buat bunga rose..tapi susahlah pulak..last2 jadilah..ala2 topiari atas frame..

Tuesday, 2 February 2010

Sarung kusyen

2 comments :
Sarung kusyen ni dalam proses pembikinan.Agak-agaklah..yang mana lebih cantik ekkks....kiri ke..kanan? cantikke???..