*

Saturday, 30 January 2010

gelagat cucu kita..

No comments :
Kemas-kemas folder dalam cik lappy ni..terjumpa pulak gambar ni.Dah lupa tahun bila.Rasanya masa bercuti ke JB.Tak kisahlah tu....
Apa yang nak di ceritakan..pasal cucu kita ni.Dhani ni tak tahu duduk diam..ada saja benda yang nak di buatnya.Sepanjang perjalanan dalam kereta tu..asik meralih tempat duduk aje..kejap kedepan ..kejap kebelakang...last2..inilah ghupenya...hihihi..
~ manjalah tu dengan ucunya ~
~ posing ngan songkok atok ~
~ heheh..ntah songkok sape pulak di laramnya ~
~ head ban ucu pun jadi ~
~ last2 anak tudung wan pun jadi ..ekkk dhani ~
~ hahh...kan dah tak boleh bukak...sukanya diaa.. ~
~ hahahhaa...

Friday, 29 January 2010

projek dah siap..

4 comments :
Salam pagi jumaat buat pemgunjung semua..semuga di rahmati Allah hendaknya..
Nak n3 projek kita yang terbengkalai.Dah siap dah..dah boleh buat tayangan perdana..hihihi

Thursday, 28 January 2010

ibu dan anak.. rakan blogger

1 comment :
Hari ini macam di susun2 aje aktiviti kita.Tak di rancang pun.Semuanya berlaku dengan tiba2 saja..
Kebetulan papa ada urusan di PJ. Kita pulak takde apa2 urusan.So..papa ajak kita temankan dia..nak suruh kita tunggu kereta lah tu..kat PJ tukan susah nak cari parking.Sementara dia buat urusan..kita lah jadi jaga parking..hehehe

Sebelum pergi kena masak dulu.Sambil masak2 tu ..banyak plak dapat call n sms.Salah satunya dari Hanita dan MAI (sanmawia si bunga matahari )  Apalagi kita pun ambik peluang nak jumpa adik2 berdua ni.kebetulan mereka berdua berada ditempat yang berdekatan..
Memula jumpa Hanita..kat depan opisnya aje..tak puas berborak..hanita pun mcm nak cepat..maklum tengah kerja..lenkali boleh jumpa lagi ye nita..ada barang lagi yang nita nak kan.. : )

Pastu jumpa Mai pulak.Tak susah nak cari rumah mai.Dulu kita pernah tinggal kat area situ..betul2 tepi masjid bangunan Tabung Haji tu.Seronoknya jumpa mai..peramah dan mesra.Pertama kali tengok mai rasa macam anak sendiri pulak..heheh. Oya kalau baca ni ..jangan jeles ye..

Rumah mai ..Ya Allah..banyaknya bunga matahari.Rasa macam masuk dalam taman bunga pulak.Memang lain dari yang lain.Setiap sudut dan ceruk..penuh dengan bunga matahari.tahniah mai..teruskan minat tu..Terimakasih bebanyak ye..ada gift lagi..kak/mak tak bawak apa2 pun..
~ beriya-iya pulak kita memelok simai ni..macam betul2 anak kita..tengoklah duduk pun sopan aje dua beranak ni..ekekek..
~ ni diaaaa..iklan ibu dan anak..heheh ~

Khatam Quran Untuk Arwah

No comments :
Alhamdhulillah..malam semalam..telah selamat menyempurnakan bacaan khatam quran untuk arwah anak sedara kita.majlis selama dua malam berturut2 diadakan di rumah adik kita.Ramai jugaklah yang turut serta.Seperti biasalah..kumpulan kami sering di undang untuk majlis2 seperti itu.


Sunday, 24 January 2010

ikan bilis tamban

No comments :
Pagi tadi pergi pasar tani..ternampak pulak ikan bilis tamban ni.Lama sangat rasanya tak makan ikan ni.Seingat kita masa anak kecik2 lagi..suka beli ikan ni..sbb anak ketiga kita suka makan.Sejak dia dah besar dan dah berkerja..tak pernah lagi beli.Bila makan tadi..inilah lauk pertama yang di cedoknya dulu..

~ gambar bluurrla pulak ~

~ lauk pauk ulang tayang ~

Saturday, 23 January 2010

udang masak tempoyak,ayam sos tiram bermadu

No comments :
Minggu lepas makan durian lagi..ada sebiji tak berapa elok.Mintak kat apek tu..dari di buang, baik ambik.Sampai rumah buat tempoyak.

Inilah menu hari ni..masak udang dengan tempoyak yang di buat sendiri.Tak terkata sedapnya..bau aroma tempoyak dan daun kunyit tu..

Ayam masak sos tiram dan madu..resepi campak2 aje.
ayam potong kecil2 dan goreng sperti biasa.
cili bengala,daun sup,bawang besar potong bulat,lada hitam,bawang putih,madu,tepung jagung dan sos tiram.
Tumis bawang putih dan lada hitam yang di tumbuk lumat.tumis sampai wangi..masukan air agak2 cukup untuk ayam.masukan sos tiram,madu secukupnya.masukan bancuhan tepung jagung dan kacau.tarok garam secukup rasa.agak2 dah ok..masukan ayam,cili,bawang dan daun sup.

Friday, 22 January 2010

puding strawberry..jem pun strawberry

No comments :
Awal tahun baru ari tu pergi Cameron Higland..saja jalan2 balik ari aje.Punyalah ramai umat..ingatkan nak bukak sekolah..orang tak ramai.Tapi serupa aje.Cuti ke.. tak cuti ke..tetap ramai orang. Maklum..orang M'sia kan suka jalan2..cuti2 M'sialah katakan.
Ape yang di beli? apa lagi.. kalau tak sayuran,buahan,ubian ( adake perkataan ni..heeh.abis nak sebut ubi,keladi,keledek ape ek? ) dan bungaan.Buahan popular strawberry..beli banyak..sampai 3 pack.Ingatkan Oya n Ai suka makan..ghupanya selera diaorg pun mcm ibunya..selera kampung..heheh
Dah tak makan tu..nnti  lecur pulak dalam petiais.idea pun datang..inilah hasilnya.Pakai resepi puding ceremel..masa blend telor,susu,gula masuk sekali strawberry


~ gambar ni ambik kali kedua..selang sari..gambar yg ambik memula dah terdelete ~

~ selebihnya buat jem..sedap jem buatan sendiri ni..hari2 sarapan roti ngan jem..sampai jemuler ~

hepy besday untuk orang bertiga

4 comments :
11 january lepas..kami sekeluarga buat jamuan kecil2lan..meraikan harijadi cucu-cucu..menantu.Tak larat nak buat majlis untuk setiap sorang..jamak sekali..heheh.Mereka bertiga berkongsi kek.Tarikh lahir memasing dekat2 sangat..

~ kek pilihan Oyala ni..apa namanya..dah lupa ~

~ cantik dan menyelerakan.selalunya besday kek..sampai keras kejung dalam petiais.tapi..kali ni habis sebelum waktu..hehehe..sedaplah tu..


~ happy birthday dhany..affy..mama nora..semuga panjang umur..dimurahkan rezeki..jadilah muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah..Amiinn ~

~ potong..potong..potong..potong...jangan tak potong ~

Masak lemak sotong

2 comments :
Menu ari ni.. masak lemak sotong aje..

Tuesday, 19 January 2010

buah melaka

No comments :
teringin nak makan buah melaka
tepung pulut ada..kelapa pulak takde
gula melakanya ada..daun pandan pun takde
pakai kelapa kering dan pewarna kuning aje
..rasanya sedap juga..


Monday, 18 January 2010

frasa kehidupan

6 comments :
Salam dan selamat  malam..
Dah lama nak buat n3 ni..tapi tak berkesempatan..
Sejak kebelakangan ni kita kerap kali melakukan perkara-perkara yang boleh mengelikan hati kita sendiri.

Kejadian pertama..
Masa dalam perjalanan nak ke JB bulan lepas..kita nak ketandas.Bila sampai aje kat R&R..kita tergesa-gesa memakai kasut dan terus keluar dari kereta.Masa berjalan tu kita terasa tanah tu tinggi rendah..kenapa ye?kita agak macam gempa bumi aje...iye-iye kita mengimbangi badan kita supaya tak jatuh.Tapi dah tak tahan..kita teruskan juga ke tandas.Bila dah masuk tandas..baru perasan rupanya kita pakai kasut sebelah  bertumit..sebelah lagi leper.heheheheh..
*kita memang bawak kasut spare dan suka buka kasut dalam kereta..


kejadian kedua..
Kita nak pergi berlatih marhaban..dah terlambat sangat..tergesa-gesa terus sarung kasut dan jalan.Dalam perjalan terasa lain aje kaki ni..tapi buat tak kisah aje..tak terfikir pun akan berlaku lagi..kasut sebelah lain.sebelah lagi lain.sebab tak terasa tinggi rendah.Bila dah nak balik..cari kasut tak jumpa..ada sebelah aje.Puas mencari..ada sebelah lagi..tapi jenis lain pulak.Ah sarung ajelah..ehhhh..ngam2 aje..rupa-rupanya memang kasut kita..heheheh

kejadian ketiga..
Baru lepas lipat kain.Lipat sekali tuala dapur..dalam hati duk kata..tuala dapur nak letak atas peti ais..senang nak ambik bila nak guna nanti.Dalam fikiran pulak..duk pikir..nak cuci dalam peti ais tu..dah kotor.Apa yang kita buat ialah..kita terus simpan semua tuala dapur tu dalam petiais.Puas mencari merata-rata..tak jumpa..hahahahha...
bermulalah frasa kehidupan seterusnya..

Wednesday, 13 January 2010

Trajedi di Lata Hammer

2 comments :

Assalamua'laikum dan selamat petang teman maya semua..semuga teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah.
Baru dapat balik kerumah dan bertenet..setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Bukan kemana pun..cuma duduk kat  rumah lama...
Keluarga adik kita telah menerima satu dugaan yang amat menyedihkan.Anak sulungnya lemas semasa  mandi manda di air terjun.Berita yang amat mengejutkan kami sekeluarga.Tetiba sahaja dia hilang sekelip mata.Tak dapat nak di gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu..tika dia terjerlus di pasir tepi tasik itu..sahabat yang cuba menarik tangannya pun turut terjerlus dan tengelam bersama.Tapi nasib sahabatnya lebih baik dan dapat menyelamatkan diri setelah berusaha berenang,walaupun kakinya kejang dan telah banyak terminum air.Setelah beberapa ketika menunggu..mengharapkan dia akan timbul..sahabatnya menjerit minta pertolongan..barulah dia tersedar rupa2nya..hanya mereka berdua sahaja yang berada di atas puncak bukit air terjun itu.
Bersusah payah sahabatnya yang kesakitan disebabkan kekejangan kaki..berjalan menuruni bukit..mengharungi dua batang anak sungai..dengan jalan yang hanya boleh di lalui pejalan kaki sahaja untuk meminta bantuan.Masa diambil untuk sampai kebawah bukit selama lebih kurang satu jam..tiada line talipon...tiada sesiapa pun di situ.Bila sampai di kawasan perkemahan..barulah sahabatnya dapat menghubungi polis untuk mendapat bantuan.
Bila polis/penyelamat datang..ambil masa setengah jam untuk naik ke kawasan perkemahan dengan kenderaan..dan satu jam lagi untuk naik kepuncak bukit dengan berjalan kaki..lebihkurang pukul 6 petang baru sampai ketempat kejadian.Pihak polis/penyelamat hanya meninjau2 sahaja dikawasan itu..mengharap kut2 dia akan timbul atau tersadai di mana2.Oleh kerana hari sudah gelap..takdapat nak buat apa2..kena tunggu esok pagi baru nak panggil pasukan penyelam/penyelamat.
12/1/09
Pukul 9 pagi..kami berlima menaiki kereta ke Bentong Pahang dan terus ke Perting Valley.Dari kaki bukit perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.Sampai sahaja dikawasan perkemahan lebihkurang jam11.00 lebih.Hajat hati nak menyertai/melihat sendiri bagaimana pasukan pencari/penyelamat beroperasi.Rupa2nya mereka telah pergi lebih awal..lebihkurang jam 10.00 pagi.Jadi kami hanya menunggu di kawasan perkemahan sahaja.Kesempatan ini..kita ambil peluang untuk berbual2 dengan petugas yang menunggu dikawasan perkemahan ini.Hasil perbualan ini..baru kita tahu..yang kawasan ini sangat merbahaya untuk bermandi manda/berkemping.Walaupun merbahaya..dan di letakan signboard mengatakan kawasan larangan..masih ramai orang yang berkunjung kesitu..dan dikatakan kawasan yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.Kerap berlaku kejadian lemas di situ..tapi tidak di rekodkan.Semenjak di rekodkan mulai tahun lepas..ini kejadian ketiga berlaku dan yang pertama tahun 2010.Kejadian2 lepas (yang tidak di rekodkan ) berlaku setiap bulan January dan Ogos.Tahun 2009 pun terjadi pada January dan ogos juga.Wallahuaklam.
Semasa pengecaman..Alhamdhulillah..arwah lengkap berpakaian kemeja-t lengan panjang, berseluar panjang dan bertudung litup dan kedudukan kaki dan tangan seperti sedang solat..walau tangan agak renggang sikit.Walaupun sudah terendam 24 jam..kulit masih kekuningan..dan dahi masih berdarah ( mungkin terantuk batu atau akar kayu masa dalam pusaran air terjun.Perut pun tidak kembong.Semuanya elok..takde cacat celanya.Arwah terjatuh jam 12.30 tengahari dan di jumpai semula pun jam 12.30 tengahari.Semasa ditemui arwah tersangkut dicelah akar kayu.

Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di masukan kedalam gulungan orang-orang yang soleh dan solehah.Alfatihah...




Operasi hari pertama


secekal-cekal lelaki..perasaan sedih dan hiba tetap tak dapat di kawal

petugas membuat catitan..bila oerasi dah selesai

Adik kita seorang yang sabar dan tabah..dia boleh berjalan sendiri menuju kejenazah yang baru sampai di usung turun dari bukit

bila dah dekat..dah tak boleh tahan..kita pun tak sedar..antara ye dan tidak tangan ini menekan punat kamera..lepas ni..

...ini..

..ini..kita pun dah hampir rebah bersama adik kita..dan takde gambar lagi di ambik..
bila pengecaman di buat..adik kita meraung sekuat hati..melepaskan perasaannya..

...sementara menunggu pakar forensik,doktor nak boat postmortem..


cuba klik sini

Sunday, 10 January 2010

yon's nasi lemak

No comments :
Pagi minggu ni rajin nak kedapor..nak buat sarapan.Kalau tak, pergi sarapan aje kat luar.Takpun beli nasik lemak bawak balik.
Pagi ni nak masak nasik lemak guna beras basmathi.Selalu guna beras biasa aje.Nak cuba juga..apa kelainannya.Sejak kebelakangan ni...kita guna beras basmathi utk makan harian..untuk menjaga kesihatan yang dah mula merosot.Beras ni kan kurang kanjinya..eloklah dah umo2 macamni kurangkan makan makanan yang berkanji..

Ramuan nasik lemak kita ni simple aje.kita cuma bubuh santan kotak,sedikit halba,halia dan sedikit garam.

Menabung

2 comments :
Selamat malam dan selamat sejahtera buat teman-teman yang di sayangi..


Kali ni kita nak buat n3 lain sikit dari kebiasaanlah..
Sebelum tu nak Tanya dulu..
Program apakah yang menjadi pilihan ..sekiranya anda mempunyai masa lapang untuk menonton tv.

Pilihan kita ialah..rancangan “ BIJAK WANG”..setiap sabtu petang di tv3.
Dalam rancangan itu..dia mengajar kita bagaimana nak menguruskan kewangan dengan betul.Tak pasti sudah berapa lama.rancangan ini keudara.Kita pun baru menontonnya beberapa kali sahaja.Rancangan yang baikuntuk di tonton oleh mereka-mereka yang baru nak belajar menyimpan WANG.

Cakap pasal WANG ni..kita nak kongsi sedikit tip-tip cara menyimpan wang..melalui pengalaman kita sendiri masa dulu-dulu.Kita nak huraikan satu persatu.. tak pandai nak mengarang pulak.Jadi kita tulis biasa2 aje..janji boleh paham udahlah ye..

Senaraikan budget dulu..kita guna contoh kalau gaji RM2000.00.

Budget A
- kereta 500.00} bayaran tetap tak boleh elak
- rumah 500.00}
- saving 200.00}yang ni mesti simpan..jangan ponteng.lebih elok kalau buat skim potongan gaji ke tabung haji( yg ni lebih dijamin dalam soal pembayaran deviden) atau, buat pinjaman asb..buat bayaran secara autodebit..untuk mendisplinkan diri membayar balik pinjaman.( yang ni banyak pro/kontra dari segi pembayaran deviden dan bonus) pilihan kita ialah tabung haji.

Budget B
- makan kering/basah 400.00
- api/air/talipon           150.00
- petrol                       150.00
- lain-lain                    100.00
              ................................
            Jumlah   RM 2000.00

Lepas ni tak habis camtu aje..ada lagi tip-tip seterusnya.Yang ni kena kuatkan semangat pulak.hehhhe. Kalau semangat tak kuat boleh terkucil..habislah…

Kita ke budget B,.sebab budget A tak boleh usik dah.WAJIB BAYAR

Makan
Dalam bab makan ni..bergantung pada selera memasing kan.Tapi kalau nak berjimat,tak boleh ikut selera aje.pendek kata..ikut kemampuanlah.Dalam budget ni kemampuan setakat rm400..so kita berbelanja takat rm400 sajala .takde lebeh-lebeh..
Contoh..dah beli barang dapur kering rm200.ada baki lagi 300.ini untuk beli barang basah pulak..kira belanja pasarlah.Berapa kena belanja sehari untuk sampai cukup sebulan. Bahagi dengan hari pada bulan tersebut.kalau, 30 hari..maknanya kita boleh belanja rm10 sahaja sehari.Sanggupke? kalau tak sangup..tak payah…hehhe. Tapi kan ada peribahasa mengatakan..susah-susah nak kehulu..berenang aje ketepian.bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian. Betulke ni..mokcik tak sekolah nak oii!!

* kalau nak jimat lagi..yg ni pergi pasar borong.beli banyak dapat murah.buat stok seminggu..

Api/ air/ talipon
Kat bahagian ni..rasanya senang nak control.macam-macam cara boleh kita lakukan.
- mengosok baju seminggu sekali..atau beli baju yg tak payah gosok
- membasuh pakaian bila dah cukup muatan atau basuh tangan
- jangan guna cerek /periuk electric
- kurangkan pengunaan kipas dll
- jangan guna vekum..lebih baik guna penyapu lidi untuk bersihkan kapet..lagi bersih.
- kumpulkan semua pinggan mangkok kotor..baru basuh.Maksudnya lepas masak jangan basuh dulu periuk kuali tu..lepas makan baru basuh sekali pinggan mangkok tu..kat sini kita pun boleh jimat sabun basuh pinggan.
- dan banyak lagi cara..

Petrol
-Kalau rajin lagi..guna kenderaan awam aje.
Agak-agak boleh ikut tak?
Kalau tak boleh..tak payah bacalah…
bio orang yang nak ikut aje..yang baca.. hehhe..

Bila cukup bulan..bil2 semua dah sampai..kita buat lah kira-kira..agak-agaknya terlebih budget ke kurang.Kalau kurang..maknanya mesti ada lebihan wang.wang lebih tu kita simpan dalam satu tabung.Bila hujung tahun..duit tabung ni..boleh gunakan buat apa2 yang kita suka..nak shopingke..jalan2 ke..makan besarke..apa2 ajelah.Lagi banyak kita berjimat..lagi joli sakanlah di akhir tahun...

Mula-mula memang susah..lama-lama nanti rasa seronok pulak.. tengok simpanan dah banyak.Kata orang ‘ 'alah bisa tegal dek biasa’ macamtu lah lebih kurangnya..

Pasal wang simpanan yang simpan kat tabung haji ke..asb ke..bila hujung tahun akan dapat deviden dan bonus.Kalau dalam tabung haji..kita boleh terus simpan balik jadikan pokok, sbb dah tolak zakat siap-siap.Kalau dalam asb..tak berani nak cakap…heheheh..

Yang besnya..kalau pandai cari wang sampingan.Bab ni kita memang suka.Dapat untung simpan bulat-bulat. Jangan guna dulu.Bab ni kita kena jadi kedekut sikitlah.Buat macam orang cina..walaupun satu sen,tetap masuk dalam simpanan kira-kira.

Ini saja yang dapat kita kongsi sesama ye..kalau yang baik tu..rasa nak ikut, ikutlah..kalau rasa tak baik..lupakan sajalah..anggap sajalah ini hanya coretan kosong dari seorang makcik..kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH TA'AALA.dan yang sebaliknya dari diri kita sendiri.
Salam dari kakrose

Thursday, 7 January 2010

projek terbengkalai

No comments :
Selamat petang teman-teman semua..
Sudah agak lama kita tidak mengisi ruang rumah maya ini.Kekadang mood hilang nak menghadap cikleppy ni yang dalamnya berhabuk sana sini.Belum ada masa nak membersihkannya.Teringin nak mengubahsuai sempena tahun baru ni..tapi tak berkesempatan lagi.Macam nak ubahsuai rumah pulak..hehehe

Ini nak mengisahkan sarung kusyen yang kita jahit.pada mulanya sarung kusyen ni ditempah oleh ummi_auni.Bila masa yang dijanjikan sarung kusyen ni tak siap..umi pun tak jadi nak ambik.jadinya..sarung kusyen ni tersepoklah kat dalam almari..bertahun2.Semalam dok kemas-kemas..terjumpa balik bendaalah ni..dan banyak lagi bendaallah2 yang kita buat sekerat jalan.heheh..

~ tempahan umi_auni..tapi tak jadi..last2 nanti..kita siapkan jadi koleksi sendiri~


~ entah bilalah nak siap ni ~

~ yang ni..kononnya berangan nak buat pokok topiay..benda yang nak di buat batang tak jumpa/cari ~

~ yang ni pulak..konon berangan nak buat kapkek batu..tapi tak tahu..heheh ~

~ ermmmm..kain kotton melambak ni nak wat apa ntah..kata papa..alaaaa..kita nak jahit2 buat selimut lerrrr..ekekeek ~

Friday, 1 January 2010

aiskrim dan strawberry

No comments :
Petang tadi cuaca panas..sedapnya makan aiskrim vanilla..boleh hilangkan panas badan.Kalau anak-anak yang selalu batuk-batuk atau pecah-pecah mulut(orang tua-tua kata mata ikan)bagi makan aiskrim..tapi yang perasa vanila tau..insyaallah akan baik.Bukan makan banyak-banyak tau..ala kadar saje..

selamat menyambut tahun baru 2010

2 comments :
Assalamu'alaikum dan selamat malam teman-teman semua. Lama kita tak mengupdate rumah maya kita ni..ashik sibuk aja..tiada berkesempatan untuk berblog.
Malam ni rasa lapang dada nak menaip sesuatu kat sini. Apa yang nak di taip ye?.takde cerita apa pun yang menarik untuk di kongsi bersama. Saja nak menghilangkan rasa bosan duduk di rumah ni..

Tinggal beberapa minit lagi tahun 2009 akan meninggalkan kita..dan tahun baru muncul lagi. Begitulah rutin kehidupan kita di dunia ini. Tahun berganti tahun..umur pun semangkin meningkat..kehidupan pun semangkin sepi.
Kalau dulu-dulu..kita ghairah membawa anak-anak, masa diaorang masih kecil lagi..menonton perarakan atau bunga api, setiap kali sempena menyambut tahun baru..sekarang ni..bila kita dah berusia begini sudah tiada apa-apa makna bagi kita semua tu.Tiada keghairahan kearah itu..yang bertukar hanyalah satu angka..dan semuanya hanya tinggal kenangan..

Malam ni papa pergi jemputan kenduri. Seorang kawan membuat majlis doa selamat dan kesyukuran sempena tahun baru..dan perniagaannya suksus pada tahun lepas. Oya kerumah kawannya..menyambut tahun baru bersama kawan-kawannya lah tu. Ai pulak kat bilik..berenternet saja..ekeke.Takde sape2 nak layan berborak ngan kita. Nasib baik dalam dok menaip2 ni ada pulak kastemer sms, tanya2 nak beli barang. Alhamdhulillah rezeki tahun baru..
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU..