*

Thursday, 23 December 2010

Lawak Sengal

Anggaplah lawak jenaka yang tak berapa nak lawak ye..hehe

Seorang lelaki telah beberapa hari meninggalkan isteri dan anak2nya atas urusan kerja diluar kawasan. Setelah urusan kerjanya selesai..lelaki tersebut tak sabar-sabar hendak pulang, kerana rindukan anak-anak dan isterinya. Sebelum sampai kerumah, lelaki tersebut berfikir, apa kah ole-ole yang hendak di bawa pulang buat  anak-anaknya. Lantas dia singgah sebentar di kedai dan membeli gula-gula dengan banyaknya..



Sampai di rumah..dengan gembira isteri dan anak-anak menyambut kepulangannya. Selepas makan malam dan berbual sambil melayan kerenah anak-anak..si isteri pun bertanya.." apa ole-ole abang bawak balik untuk saya dan anak-anak? "

Sambil membuka beg pakaiannya..dia mengambil bungkusan gula-gula yang di belinya siang tadi..lalu di tabur semua gula-gula keseluruh ruang tamu rumahnya sambil berkata.. " ayah ada ole-ole untuk kamu! ..nah! kamu kutip dan makanlah gula-gula ni sampai habis ye!..ayah nak tolong emak kamu mengemaskan kain baju kat atas.  Maka berkejaranlah anak-anaknya merebut dan mengutip gula-gula dan leka memakannya sampai habis...hihihhi


psst..sumber dari lawak selingan seorang uztaz..lupa nama.

3 comments :

  1. rajinnya si ayah tolong si ibu berkemas
    [si ayah terlupa pandang tu, telekung sembahyang si ibu sedang dijemur]
    hahaha

    ReplyDelete
  2. tehr n ella..
    akak tumpang ketawa..hahahaha

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..