*

Friday, 31 December 2010

cuti-cuti m'sia

Memang seronok kalau dapat " Cuti-Cuti Malaysia " selalu. Tapi..bukannya selalu dapat buat macamtu. Kalau masih ada baki lebihan belanja dihujung tahun..bolehlah merancang percutian yang tidak di rancang..hehehe..
Hari isnin lepas..kami pergi bercuti lagi. Destinasi kami kali nie..ke pantai timur juga. Rasanya macam seronok aja kalau pergi kesebelah sana. Papa memang suka memandu...sambil bersantai2. Olih kerana percutian kami tidak di rancang..jadi kami main terjah saja. Ikut suka mana nak singgah. Di mana  ada hotel yang kosong.. di situlah kami berehat..
Di Kuantan kami menginap di Swiss Garden Resort & spa. Ini kali kedua kami menginap di situ. Tempatnya selesa..makanan  pun sedap. Harga bilik bermula dari RM 188. Disebabkan musim cuti sekolah.. semua bilik yang berharga rendah habis di tempah. Yang tinggal cuma bilik-bilik superior yang harganya RM345. Ada kemudahan spa dan harga pun kira Oklah..


Pemandangan disekitar resort, spa, dari balkoni bilik dan restorannya menghadap ke poolside.

Pantainya  luas.. pasirnya  bersih..tapi sayang tak boleh nak bermandi manda. Ombaknya kuat sangat datang bergulung2..sesekali teringat peristiwa tsunami yang berlaku beberapa tahun lepas....
Lepas sarapan pagi, kami bersiap2 untuk ke Kuala Terengganu pula.
Jumpa di sana..

4 comments :

  1. Waaaa , best !
    Nanti follow Blog saya ek :)

    ReplyDelete
  2. wow!1
    best tu...
    nak kena pergi ni..

    ReplyDelete
  3. ajeyy..kak dah follow dan komen sekali..:)

    ReplyDelete
  4. Silakan mie..kak buat promosi free..hihi

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..