*

Friday, 17 December 2010

cinta itu buta..dari telinga turun ke hati..

Itulah tajuk kisah masyarakat dalam suratkhabar sisipan  mode utusan malaysia dalam ruangan Gaya Hidup Keluarga Moden. Berita berkenaan dengan pasangan buta yang baru mendirikan rumahtangga pada 27 November lepas. Berita lanjut ada di sini..


Apa yang akak nak kisahkan ini ialah..betullah kata sesetengah orang..dunia ni kecik aje. apa tak nya..kami suami isteri dah lama berkenalan dengan En Jasmin...jiran setaman, sekari'ah masjid, rakan jalan2 pergi bercuti. Pendek kata dah kenal rapatlah. Tapi kami tak pernah ambil tahu personel life dia. Yang kami tahu dia seorang duda dan ada dua anak.

Nak dijadikan cerita lagi..berkenalan pulak dengan seorang gadis yang berkerja disini ..
Siti Sarah namanya..orangnya sangat peramah dan cantik. cerita punya cerita..rupanya dia anak kenalan kami. Tak sangka pulak..kenalan kami mempunyai seorang anak OKU.

Lepas majlis akad nikah Ai, pada hari yang sama..27 novmber..kami  ke majlis persandingan anak En Jasmin. Apa yang memeranjatkan kami..ialah nenek kepada Siti Sarah sebelah emak, ada lah ibu saudara papa. Tak ke pelik..sepupu sendiri tak tahu/kenal ? papa kata..inilah akibatnya..kalau dah ramai sangat saudara..pastu orang tua pulak taknak mengenalkan anak memasing..jadilah cengini. Apa pun..terimakasih kepada En Jasmin kerana mengundang kami..sehingga papa pun dpt berjumpa dengan saudara mara nya yang lama tidak berjumpa..

2 comments :

  1. kalau dah jodoh, akhirnya tau juga, kan.

    ReplyDelete
  2. kalau jodoh tak kemana..ada jodoh ke nak jln..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..