*

Thursday, 16 December 2010

bocorlah pulak..

Tengah malam terkejut..Oya bagitau bilik dia banjir..bergenangan air. paip atas siling bilik dia bocor. masaalah betul ! Papa tutup kunci main paip kat luar..air masih juga menitik..ni mesti tangki yang bocor! nak panggil tukang paip yang mengubah suaikan paip tue dulu, kena tunggu hari minggu, sbb hari biasa dia berkerja..lama lagi tue, kena tunggu 2 hari lagi..masaalah betul !

Makanya..hujung minggu ni..banyak plak majlis nak kena hadir. Hari sabtu 2 majlis...ahad ada 3 majlis. Kalau tukang paip tue datang ..siapa pulak nak tunggu rumah. Terpaksalah berkorban..tidak menghadirkan diri ke salah satu majlis tu..apa nak buat kan. frust betul !

Dulu jiran ada nasihatkan..jangan ubahsuai paip kat atas bumbung tue..takut2 kalau pecah..nanti susah. Apa yang dikatakan jiran tue rupa2nya jadi kenyataan. Mana tak nak ubah suainya..tekanan air perlahan sangat..mandi rasa tak puas, jadi papa suruh ubah suai guna terus dari main paip..menderu2 air bila mandi..heheh.. Inilah akibatnya bila tak dengar nasihat orang. Sesuka hati aje nak buat camna. Pemaju perumahan nie dah buat yang terbaik mengikut piawaian perumahan. Adalah sbbnya..kenapa dia tak kuatkan tekanan air tuekan?

Dah nak akhir tahun nie.. adalah lagi budget lebih sikit ..ingatkan bolehlah ronda satu M'sia..ghupanya kena betulkan paip lah pulak!!

6 comments :

  1. Sabar je lah...belajar dari pengalaman :)

    ReplyDelete
  2. Akak kalo ronda 1 malaysia tak bawak ela .. ela majuk 20 ari!! hehe ..

    ReplyDelete
  3. Sabarlah nie..asik kena bukak tutup main paip aje..

    ReplyDelete
  4. 20 hari kejap aje..merajuklah 2 tahun..lama sikit nak pujuk..hehe..

    ReplyDelete
  5. aslmkm kak yon...

    takut juga yea kak yon tangki bocor ni dulu air melimpah juga tapi cek abang ina kan macgyver dia naik atas tangki check punca masallah rupanya pam pelampung tangki yg rosak tak berfungsi kita mcm kalau air dah penuh selalu pelampong naik ats jadi air yg masuk ke tangki di cut off kan...

    ReplyDelete
  6. w'slm lina,
    bagus lina ada en mcgyver.
    tulah..ari sabtu baru boleh buat.skrng nie..nak pakai air bukak main..pastu tutup balik. dugaan awal tahun..

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..