*

Wednesday, 29 December 2010

Bertemu Kembali..Harimau Malaya

Salam dan selamat sejahtera buat rakan-rakan bloger semua. Selamat bertemu kembali..

Beberapa hari kakyon tidak berblogwalking. Kakyon baru saja balik dari bercuti. bercuti  ke sebelah pantai timur. Walau pun badan terasa letih..tetap juga meluangkan masa menerjah blog rakan -rakan. Terimakasih kepada yang sudi singgah ke sini..secara tak langsung trafik kakyon tidaklah jatuh merudum. Adalah sikit..bak nyawa-nyawa ikan..kata orang.


Sambil-sambil  tu..tengok juga tv, perlawanan bola sepak piala FFA Suzuki..Malaysia vs Indonesia. Dah habis separuh masa pertama..tiada satu gol pun dapat di jaringkan oleh kedua pasukan. Harap-harap separuh masa kedua nanti pasukan Malaysia dapat menjaringkan gol lagi..menambahkan lagi gol-gol yang sedia ada. GOL!!!!!!!!!!!!!!!!! tambah lagi satu gol!  Cayalah..pasukan HARIMAU MALAYA..anda semua menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia. Syabas buat pasukan  HARIMAU MALAYA..anda semua WIRA MALAYSIA!!
Malaysia boleh!!!

4 comments :

  1. Tahniah Malaysia akhirnya berjaya...adoii sakit tekak jerit2..

    ReplyDelete
  2. baru bersemangat ekk..

    ReplyDelete
  3. Cik.yah..hehehe..kita semua boleh!

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..