*

Tuesday, 2 November 2010

salam..

Salam dan selamat sejahtera..
Lama akak tak update blog. Adalah sibuk sikit membuat persiapan majlis pernikahan anak akak yang akan berlangsung pada 27-28/11/10  di sebelah pihak perempuan. Di pihak kami pulak akan di adakan pada 5/12/10. Tetiba rasa macam tak cukup masa pulak nak buat persiapan. Dahlah sibuk dengan urusan harian, bercampur pulak dengan undangan marhaban, jemputan perkahwinan, meraikan kawan2 yang nak menunaikan haji. Macam ni lah akak sekarang ni.  Sekejap di sana...sekejap di sini.. Malam ni ada di sini..baru boleh online. Bolehlah akak balas kunjungan kalian. Kalau disana..akak susah nak online..maklum gune berokband..teramatlah lembabnya...




 Kalau disini guna stremix..lajulah sikit.. :- )
Sehingga selesailah  majlis itu nanti..akak minta maaf ye..sekiranya kunjungan kalian ke mari tidak mendapat balasan dari akak. Akak mengucapkan ribuan terimakasih kepada yang sudi berkunjung dan memberi komen.  Insya Allah ada kelapangan nanti..akan akak balas kunjngan kalian..
Terimakasih sekali lagi..

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..