*

Sunday, 7 November 2010

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

sumber dari sini..

5 comments :

  1. suka biru;lain mcm betul tapi....tang-tang simpan wang tu.....kena cepat2 kalau tak, lalu macam air jer..

    hehehe...

    ReplyDelete
  2. ciktom warna pupel..hehe..ade la betul jgk..mmg agak beremosi..heheh

    ciktom tag kak yon award..kalo sudi amik ye ;)

    http://tomatogurlslife.blogspot.com/2010/11/cinta-dan-anugerah-iii.html

    ReplyDelete
  3. azrina..warna apa pun..bab simpan duit, memeng kena cepat..hehe


    cik tom..akak pun suka pupel..emosi memang kuat..hehe

    tq ye nnti kak amik tag.

    ReplyDelete
  4. suka merah. camna tu kak?? hehe ..

    ReplyDelete
  5. adinda,hahah..gelak dulu.. sambung semalamhya ek.
    kalau dah tahan melarat..watpe pk nak bersenang lenang..heheh

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..