*

Monday, 15 November 2010

kegembiraan berganda

Beberapa hari berduka nestapa..hihhi..macam dialog cerita purbakala pulak..hari ini kakyon mendapat kegumbiran berganda. Nak tau apadia?

Pertama..gumbira dapat berjumpa kawan-kawan lama yang agak lama tak berjumpa, di satu majlis berendoi cucu seorang kawan...

Kedua..apa yang difikir-fikirkan dan di harap-harapkan..Alhamdhulillah..Allah permudahkan. Terkenang dan terfikir kawan-kawan lama, macamana nak menghantar kad jemputan..tidak tahu alamat tempat tinggal untuk diposkan. Aleh2 terjumpa dengan tak sengaja salah seorang dari mereka..maka misi pun berjalan seperti yang di harapkan...

Ketiga..alaahai..terasa diri ini sangat di hargai. Cucu pertama kakyon akan mengambil sijil dan hadiah kecemerlangannya di sekolah esok pagi dan malam. Tahniah Dhani! Dhani memang bijak dan pandai dan mendengar kata. Bila cikgu dia tanya dia..siapa nak datang esok..dia jawab..kita nak bawak atok dengan wan kita..campur mama ngan papa kita..4 orang semua. Saat dia mendapat kejayaan..dia mahu atok dan wannya meraikan bersama..tetiba sebak pulak. Terkenangkan...saat anak-anak kakyon mendapat kejayaan dan kecemerlangan..tiada siapa pun mengucapkan tahniah..atau bertanya khabar tentangnya. Kat sini terasa miskinnya hidup ini tanpa keluarga..bila tiada saudaramara yang kisah tentangnya..

2 comments :

  1. Salam Kak Yon,

    Bertuah cucu dapat ajak atuk & wan sekali..

    ReplyDelete
  2. cucu kesayangan atuknya..heheh

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..