*

Monday, 11 October 2010

ada urusan ke JB part 4

gambar dr cik gogle

..5.30 baru lepas solat kat R&R Pagoh. Buat Solat jamak asar dan zohor sekali. Lepas solat singgah minum petang kat situ. Minum teh tarik dan kueh pau aje.
Terpandang..ada tiga remaja baru sampai. Duduk bertentangan hadapan kami. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Akak namakan lelaki A dan B. Mereka  berbincang2 nak makan ape. Sekali pandang akak boleh agak yang  lelaki A itu adalah pasangan perempuan tu. Cara dan gaya mereka berpandangan dan senyum ketawa mesra mereka. Kedua2 lelaki tersebut membeli makanan. Tetapi lelaki B pulak yang membelikan makanan utk perempuan itu. oh! tekaan akak salah.  Ghupanya silelaki B adalah pasangan perempuan tu. Mereka duduk bersebelahan  dan lelaki A duduk berhadapan dengan perempuan tu. Lelaki B leka makan..lapar sangat agaknya...atau kontrol diri tak nak tunjuk reaksi.Tetapi perempuan tu..berborak saje dengan silelaki A. sekejap2 pandang si A..semyumannya manis meleret2..sampai ke telinga..dan muka merah beseri2..malu2 kucing gitu. Akak tak nampak pulak reaksi muka silelaki A..sbb dia membelakangkan akak..

Ni mesti.. kes syoook kat kawan boyfren sendiri..kesian...

No comments :

Post a Comment

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..