*

Wednesday, 20 October 2010

gigi dan senyuman

Senyuman itu satu sedekah.



Mudahnya memberi sedekah..hanya dengan senyuman. Tapi kenapa susah sangat nak memberi senyuman.?
Mungkin ada sebab tersendiri kut..  mengapa susah sangat nak bersenyum senyuman..hehe
Lainlah nenek ni..selamba aje senyum..walaupun gigi dah rongak..hahahha..

Akak baru lepas kemas-kemas rumah. Simpan barang kaca yang cenonit cenonit  ni...banyak sangat. Nak lapangkan rumah..senang nanti nak buat kenduri. Rumah kecik aje.. masuk pelamin dah penuh separuh ruang tamu rumah.
Sambil bungkus barang-barang cenonit dgn surat khabar..sambil baca-baca berita lama. Jumpalah satu artikel dlm Metro Ahad, berkenaan tip-tip penjagaan gigi bayi. Akak taip semula jadikan n3 hari ini.

 Beberapa petua menjaga gigi anak..

- ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga keberhihan mulut  bayi.

- elak membari anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur.

- bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat ( antara 3-4 tahun )

- beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia 3-4 bulan bertujuan membersihkan mulutya dari sisa susu .

- apabila anak berusia 10-11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan

- apabila anda dapati anak mula mengalami masaalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor.

- sediakan air masak stiap kali makan.

- minum air manis dengan mengunakan penyedut minuman, sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas.

- jangan sediakan air manis ketika makan. jadikan air masak sebagai air "rasmi" keluarga.

- bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemereksaan gigi sama seperti anda iaitu 2x setahun.

salam..jangan lupa senyum selalu..


1 comment :

  1. ada link blog rongak lak..ekeke..

    agaknya dulu rongak x buat mcm tu kot sbb tu gigi rongak ni rongak..wakaka :P

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..