*

Monday, 27 September 2010

Teater Muzikal Tun Mahathir

Saat N3 ni keluar..akak bertiga beranak sedang menonton teater muzikal Tun Mahathir di istana Budaya. Masa menaip ni teruja sangat..tak sabar nak tunggu masa nak pergi...macam kanak2 tadika nak pergi rombongan plak..heheh.
Teruja sebab apa?

Maklumla.. tak pernah tengok teater dan tak pernah masuk istana budaya ( tempat yang sangat di banggakan olih pengiat seni ) Nak menghayati sejarah kehidupan seorang negarawan yang sangat akak sanjungi dan kasihi...
apalagi ekk?
sebab ada orang belanja...hehe.

sambung cerita pagi ni lak..
Beslah jugak tengok theater ni..dapat satu kepuasan menonton..tak macam menonton tv atau wayang. akak tak pandai nak ulas macamana..kalau nak tau cuba2lah pergi menonton.
Dulu akak pernah baca satu artikal..kat mana dah lupa..yang mengatakan theater ni ada pengikutnya atau penontonnya yang tesendiri...
Lepas ni macam nak tengok..pementasan Natrah pulak..heheh

Mengenai kisah kehidupan Tun Mahathir ni..kebanyakan kisahnya di lakunkan semula dalam bentuk lawak jenaka dan lucu ( maaf kalau salah beri istilah ) mungkin perwatakan Tun memang begitu..walau nampak serius dan tegas. Lakonan Era Fazira ( Tun Dr.Siti Asmah ) dan Esma Danial ( Tun Dr. Mahathir ) sangat sesuai membawakan watak mereka berdua. lakonan semula semasa mereka berkenalan, bercinta dan mendirikan rumahtangga sangat melucukan.
Saat Tun memgumumkan perletakan jawatan..ada juga terdengar sok..sek..sok..sek..penonton sebak..termasuk akakler..huk..huk..huk.
Kerusi penonton penuh. Pengumuman di buat..bahawa pementasan ini akan di lanjutkan sehingga 9 oktober atas sambutan ramai.

1 comment :

  1. paling teringin nak tengok muzikal ni agak2 ada siar kat tv x

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..