*

Tuesday, 14 September 2010

Buku Akaun Simpanan

Kisahnya..buku akaun simpanan lama ni terjumpa semasa berkemas kotak2 barang lama. Mulanya dah masukkan dalam plastik sampah. entah kenapa..tetiba terpikir lak yang buku ni dah lama sangat..ada sentimental velue kat situ. Boleh wat cerita kat blog. Kakyon simpan dulu..tak baca/buka pun..sebab ingatkan dah kosong /cancle buku tu.
Baru hari nie tengok balik buku tu...aduhh makk aii!! buku ni masih berbaki duitnya yang belum di keluarkan...heheh

Teringat tahun 80an dulu.waktu anak2 masih kecik lagi. Mana ada simpanan. Habis bulan..habis gaji. Kalau ada pun sikit2..letak aje bawah bantal/tilam.Lepas berhenti kerja..Sumber kewangan cuma dari papa sorang. Berapa yang papa bagi..itulah yang di belanjakan secukupnya.

Buku simpanan ni kakyon buka..sebab kakyon dah mula berniaga secara kecilan. Mula2 jualkan barang orang lain..lepas ada sikit untung.. kakyon modalkan sendiri. Masa tu kalau dapat untung RM10 pun dah kira banyak tu..
Bayangkan Gaji papa masa tu RM1500..bayar rumah beli RM550..kereta RM300-RM400..belanja rumah RM300..Nafkah/poket kakyon RM50..selebihnya campur duit OT..urusan papa bayar api/air/talipon dan urusan lain2. Bil api/air tak habis pun RM50. Nasib baik papa tak merokok.Kat sini yang saaayanggg papa..hehehe

Bila dah ada duit sikit..mula risau..takut duit hilang..ahaks. jadi bukalah buku akaun ni..


Nak bukak akaun bayar RM10 aje. Dapat cek pertama..bonus jualan direct seling fortune ( kalau tak silapla.dah lama sangat.. ingat2 lupa lak )

Lama2 duit pun dah terkumpul..boleh lupa lak sampai 5 tahun tak update buku. cuba tengok 5 tahun simpan..tak bertambah pun duit.
Masa ni dah beralih ke Tabung Haji dan ASB.

Bila tengok ada baki lagi ni..rasa sayang plak.Nak gi tutup buku rasa segan..heheh
Tengoklah esok..kalau rajin. ntah2 dah pergi ke Amanah Raya..

2 comments :

  1. wah..rezeki tu :) kira rezeki raya :)

    ReplyDelete
  2. kalau dapat boleh masuk tabung..heheh

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..