*

Sunday, 29 August 2010

Selamat menyambut Kemerdekaan

Salam Ramadhan dan selamat menyambut hari kemerdekaan.
Sebagai seorang warganegara yang lahir sebelum merdeka..kita rasa amat bersyukur dan bertuah sangat kerana.. Malaysia masih berada dalam keadaan selesa dan aman untuk di huni.Tak tahu nak zahirkan rasa penghargaan itu, tapi cukuplah.. kalau kita kata..kita telah merasai kesemua zaman, dari zaman masak guna kayu api, zaman guna dapur sumbu minyak tanah, zaman dapur gas hinggalah sekarang ini, zaman guna dapur electrik dan microwave. Berpeluang pulak mengikuti zaman IT.Selama 53 tahun merdeka..itulah serba sedikit contoh nikmat KEMERDEKAAN yang kita rasa sebagai suri rumahtangga.Tidak ramai bloger kat sini yang seusia kita kan? Berkat dari datuk/nenek kita semua yang menghargaai KEMERDEKAAN itulah.. yang menyebabkan kita dapat merasa kesemua zaman itu.Kalaulah dulu..mereka berpecah belah..dapatkah kita merasai keselesaan dan keamanan zaman ini ? Marilah kita berpayung..di bawah satu bumbung!
Bersyukur sangat kerana..Allah masih memberi keizinan kapada kita untuk bernafas dan merasai nikmatnya.

1 comment :

  1. merdeka...nak tgk kat tv first time hari kemerdekaan buat kat dalam stadium

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..