*

Wednesday, 11 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat pengunjung semua.
Pagi tadi kita ke Kuala Selangor ada sedikit urusan di pejabat tanah dan TNB di sana.Urusannya sekejap sangat  tidak sampai pun 10 minit. Dalam perjalan pulang..kita mengajak papa singgah di pantai Jeram.. nak beli ikan atau apa2 saja yg ada orang berjualan di situ.Tapi hampa..takde sorang pun orang kat situ..Sunyinya..tetiba hati ini terasa sayu pulak..huhhu..



Tetiba mesej  hanpon berbunyi pulak.Bila baca mesej..terus hati jadi gumbira dan penuh keinsafan.Mesej yang bermakna walau penyampaianya ada unsur2 sedikit lucu..hihihi..

Mesej pertama yang kita terima untuk hari ini.
Bunyinya..
Selamat datang ke penerbangan RAMADHAN AIR, Pesawat No1431H Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 HARI ke atas permukaan HAUS dan LAPAR.
Penumpang di wajibkan untuk memakai Tali PUASA & menegakkan kerusi SOLAT.Hidangan AL-QURAN disediakan setiap masa. Alatan MENGUMPAT & sebagainya tidak di benarkan ketika penerbangan.
Kapten anaknda Ratni mengucapkan Selamat Beribadah di bulan Ramadhan buat Bonda Rosinah.

2 comments :

  1. sama-samalah kita berusaha kearah yang di berkati oleh Allah.

    Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

    ReplyDelete
  2. Insyaallah seri..semuga Allah menerima segala usaha kita.

    ReplyDelete

terimakasih kerana sudi komen mengomen. komen mengomen boleh mengeratkan hubungan silaturahim di alam maya ini..